Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Hubungan Perdagangan Mantapkan Lagi Kerjasama Malaysia-Arab Saudi – Tengku Zafrul

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memaklumkan bahawa kerjasama Malaysia dengan Arab Saudi boleh dimantapkan lagi melalui hubungan perdagangan dan pelaburan serta strategi mengukuhkan hubungan dua hala antara antara kedua-dua negara berkenaan.

Menerusi beberapa hantaran di Facebook, menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dengan memanfaatkan kekuatan satu sama lain dalam industri tertentu, kerjasama tersebut akan menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara.

Foto: FB Tengku Zafrul

“Dalam pertemuan bersama TYT Bandar bin Ibrahim Alkhoreyaf, Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi, kami membincangkan peluang kerjasama dalam pelbagai sektor industri, terutamanya dalam sektor pertumbuhan tinggi,” katanya hari ini.

Beliau juga berkesempatan bertemu dengan Menteri Perdagangan Arab Saudi, iaitu Dr. Majid Abdullah Al Qasabi semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berlangsung pada 28 hingga 29 April.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Tengku Zafrul

Sementara itu, Zafrul berkata, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh antara ASEAN dengan Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) melalui perkongsian yang saling menguntungkan merentasi pelbagai sektor.

“ASEAN dan GCC sedang giat memupuk kerjasama ekonomi melalui Rangka Kerja Kerjasama ASEAN-GCC 2024-2028.
“Dengan memanfaatkan Rangka Kerja Kerjasama ASEAN-GCC dan meneruskan kerjasama perdagangan yang progresif, Malaysia berhasrat untuk membuka peluang baharu untuk pertumbuhan dan membawa hubungan ASEAN-GCC ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.

Foto: FB Tengku Zafrul

Beliau turut menyatakan lawatan kerja tersebut membuka peluang untuk Malaysia bertemu dengan pemimpin dunia, selain Arab Saudi serta tokoh-tokoh perniagaan antarabangsa semasa Forum Ekonomi Dunia di Riyadh baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd