Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Curang Dengan Puluhan Wanita, Nikita Mirzani Tidak Mahu Kembali Kepada Bekas Kekasih

Artis popular Indonesia, Nikita Mirzani Mawardi menegaskan bahawa tidak mahu untuk kembali menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rizky Irmansyah kerana tidak suka dengan sifat lelaki berkenaan.

Menerusi satu laporan Suara.com, pelakon berusia 38 tahun semasa melakukan ‘Live Instagram’ itu berkata, beliau tidak akan kembali semula kepada bekas kekasihnya yang merupakan setiausaha sulit kepada calon Presiden Indonesia iaitu Prabowo Subianto pada 28 April lalu.

Nikita Mirzani bekas kekasih curang

Foto: IG Nikita Mirzani

“Mami (Nikita) kembali karena…? Nanti saya yang cepat mati, cepat mati, muka semakin tua, mata ‘panda’ cekung, tidak boleh bersosial, tidak boleh bekerja, tidak ada kawan-kawan,” katanya.

Beliau juga berkata, bekas kekasihnya tersebut mempunyai kelakuan buruk, iaitu ‘king control’ dan gemar bermain perempuan sehingga sanggup membayar mereka, malah jumlah mereka mencapai puluhan.

“Sebaiknya, kalau mahu mengawal orang, orangnya mesti bagus. Bukan malah main perempuan. Kalau perempuan itu baik, tapi kenapa sampai dibayar. Tidak perlu mengawal orang lain. Kalau mahu, perbaiki dulu gaya hidupnya. Bukan sekali dua main perempuan, malah sampai puluhan,” ujar beliau.

Nikita Mirzani bekas kekasih curang

Foto: IG Nikita Mirzani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Nikita turut berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya terdapat lelaki yang mengawal pergaulan pasangannya, kerana percaya ia sebagai bentuk kasih sayang dan untuk menjaga keselamatan pasangannya, tetapi lelaki tersebut tidak boleh bertindak kasar dan berniat buruk.

“Lelaki kalau mahu mengawal perempuan, jangan ringan tangan, ringan mulut, jangan  berkasar, sebab mengawal ni karena sayang dan keselamatan. Tetapi rupanya, biar pasangannya tidak tahu atau tidak bertembung di lokasi yang sama (menyindir bekas kekasih),” tambahnya lagi.

Beliau berkata, pengakuan kisahnya sebagai mangsa yang mengalami penderaan fizikal dan mental diharapkan dapat dijadikan inspirasi buat mangsa kekerasan supaya lantang bersuara serta meninggalkan hubungan tidak sihat.

Artikel lain: Nikita Mirzani Tanya Penerbangan Ke Palestin, Minta Info Cara Pergi Ke Sana

Nikita Mirzani bekas kekasih curang

Foto: TVOneNews

Untuk makluman, Rizky Irmansyah merupakan pembantu sekali gus setiausaha sulit kepada calon presiden Indonesia iaitu Prabowo Subianto, sebelum melibatkan diri dalam dunia politik, Rizky pernah aktif dalam Unit Kegiatan Mahasiswa (UKM) Resimen Mahasiswa (Menwa) di sebuah universiti swasta di Jakarta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Suara.com (Sumarni, Diwanna Ericha)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd