Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

IHH Healthcare Malaysia Lancar Sistem Solar Dengan Kapasiti 420 KiloWatt – PETRA

IHH Healthcare Malaysia melancarkan sistem solar dengan kapasiti 420 kiloWatt sebagai inisiatif usaha peralihan tenaga di peringkat organisasi perniagaan berteraskan perkhidmatan.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, inisiatif itu membuktikan komitmen dan kesungguhan IHH Healthcare dalam menyahut seruan kerajaan melaksanakan usaha peralihan tenaga khususnya di sektor kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta.

Foto: FB PETRA

“Kerajaan telah meluncurkan Pelan Hala Tuju Perubahan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan usaha dan komitmen negara ke arah mencapai sistem tenaga yang mampan dan inklusif.
“NETR membuktikan iltizam Kerajaan dalam mengemudi dan mempercepatkan peralihan sektor tenaga negara ke arah mencapai sasaran pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Sistem Solar di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fadillah berkata, NETR mengetengahkan 10 projek rintis dan pelaksanaan projek-projek yang dikenal pasti di bawah enam pemacu peralihan tenaga iaitu kecekapan tenaga (EE), tenaga boleh baharu (TBB), hidrogen, biotenaga, mobiliti hijau dan carbon capture and utilization (CCU) yang akan menjana RM25 bilion (pelaburan), mewujudkan 23,000 peluang pekerjaan serta dapat mengurangkan pelepasan karbon negara.

“Antara penyumbang utama terhadap pembebasan GHG di Malaysia adalah daripada pembakaran bahan api fosil, termasuk untuk menghasilkan bekalan elektrik kepada rakyat,” ujarnya.

Foto: FB PETRA

Beliau yang Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan telah menetapkan sasaran peralihan tenaga dan pengurangan jejak karbon jangka masa panjang untuk meningkatkan komposisi kapasiti TBB dalam penjanaan bekalan elekrik kepada 70% pada 2050 berbanding 26% pada masa ini.

“Selaras dengan peranan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), tumpuan peralihan tenaga ini akan diberikan kepada usaha memanfaatkan potensi sumber TBB tersedia yang dimiliki negara ini seperti daripada sumber solar, biojisim, biogas dan hidroelektrik. 
“Pemasangan sistem solar dibumbung bangunan atau rooftop solar installation seperti mana yang telah dilakukan oleh kumpulan IHH Healthcare Malaysia ini sewajarnya diberikan penumpuan khusus oleh lain-lain organisasi,” jelas beliau.

Malah, program pemasangan solar di bumbung bangunan, Program Net Energy Metering NOVA atau NEM NOVA bagi membolehkan pengguna kategori komersil dan industri seperti Hospital Prince Court memanfaatkan ruang bumbung bagi penjanaan solar untuk kegunaan sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan syabas kepada Kumpulan IHH Healthcare Malaysia kerana membangunkan sistem penjanaan solar di 16 buah bumbung bangunan hospital dan mempelawa IHH Healthcare untuk mengemukakan penyertaannya di dalam National Energy Award (NEA).

Foto: FB PETRA

“Penganjuran NEA ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian sektor swasta dan sektor awam dalam melaksanakan projek TBB serta penerapan amalan terbaik EE,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, NEA merupakan platform yang digunakan dalam memilih wakil-wakil negara ke ASEAN Energy Awards (AEA) yang diadakan setiap tahun bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (ASEAN Ministers on Energy Meeting – AMEM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Filem

Filem Vina: Sebelum 7 Hari berjaya mendapat sambutan yang meluas apabila meraih 4 juta tontonan setelah 12 hari ditayangkan di Indonesia. Perkara itu dimaklumkan...

Dunia

Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran. Memetik laporan CNN World, perkara...

Spotlight

Skandal seks terbesar dunia hiburan Korea Selatan, Burning Sun kembali mencuri perhatian apabila sebuah dokumentari khas menceritakan secara terperinci mengenai jenayah itu dimuat naik...

Dunia

Selepas filem Vina: Sebelum 7 Hari ditayangkan, polis menahan seorang daripada sekumpulan individu yang didakwa dalang dalam kes rogol dan pembunuhan pelajar sekolah di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd