Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Benarkah Dakwaan Lelaki Bakar Al-Quran, Salwan Momika Ditemui ‘Tidak Bernyawa’?

Pengkritik Islam dan pelarian Iraq, Salwan Momika dilaporkan telah meninggal dunia dan mayatnya dijumpai di Norway pada Selasa lalu.

Menurut laporan The Economic Times, seorang pengguna X iaitu @RadiaGenoa telah memuat naik di akaunnya berhubung penemuan mayat lelaki tersebut di Norway.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Salwan Momika

“Mayat tidak bermaya seorang pelarian Iraq dan pengkritik Islam Salwan Sabah Matti Momika telah ditemui di Norway.
“Momika dikenali kerana menganjurkan demonstrasi di Sweden di mana beliau secara terbuka membakar Al-Quran beberapa kali,” dakwanya.

Pemilik akaun itu turut menimbulkan spekulasi yang mengatakan bahawa Momika ditamatkan riwayat sebelum mayatnya ditemui di lokasi tersebut.

“Dia tahu dia akan dibunuh, tetapi dia masih ingin memberi amaran kepada kita tentang masalah besar yang dihadapi di Eropah dan di dunia. Kami tidak akan melupakannya,” dakwanya lagi.

Dakwaan terbabit menggemparkan seluruh dunia sehingga terdapat beberapa tuduhan terhadap orang Islam bahawa tindakan membunuh Momika adalah salah dan tidak sepatutnya terjadi.

Bagaimanapun, menerusi laporan Malaysia Gazette pula, dakwaan mengenai kematian lelaki tersebut tidak benar dan telah disahkan oleh pihak polis di Norway.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Unit Polis Imigresen (PU) Norway tidak mempunyai sebarang maklumat bahawa pelarian warga Iraq, Salwan Momika yang membakar al-Quran tahun lalu ditemui mati di negara itu,” katanya.

 

Foto: FB Salwan Momika

Pihak berkuasa di Norway juga dilaporkan telah menyangkal khabar angin dan spekulasi yang bertebaran di media sosial.

“PU tidak mengetahui sesiapa dengan nama di atas telah meninggal dunia di Norway baru-baru ini,” ujarnya.

Terdahulu, Momika mengumumkan di akaun X bahawa dia akan melancong ke Norway dan mahu memohon suaka di negara tersebut selepas pendakwa raya Iraq mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) terhadapnya selepas bertindak membakar al-Quran di Sweden, Stockholm pada akhir Jun 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Economic Times, Malaysia Gazette

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd