Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tangani Keperluan Tenaga Global, MIMOS Lancar Teknologi Tenaga Pintar Baru – MOSTI

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilancarkan tahun lalu bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api fosil dengan sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Nasional Malaysia (MIMOS) telah memulakan usaha ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih dengan memberi tumpuan kepada pembangunan produk dan teknologi berasaskan kecekapan tenaga serta tenaga boleh diperbaharui.

Foto: FB Chang Lih Kang

“MIMOS Technology Preview yang mempamerkan teknologi canggih hasil daripada proses R&D membuktikan komitmen Kerajaan untuk memupuk inovasi ke arah menjadi negara pengeluar teknologi.
“Salah satu daripada teknologi MIMOS iaitu MIMOS Autonomous Chiller Control & Energy Efficiency (Mi-ACE) system, yang memanfaatkan teknologi AI dan IoT tanpa wayar untuk merevolusikan sistem penyejukan bangunan, bakal diaplikasikan oleh rakan-rakan perniagaan MIMOS termasuk AXICOM, iSCADA NET, serta SquareCloud Malaysia Sdn. Bhd,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Mimos Technology Preview 2024: Exploring Frontiers Of Innovation di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Chang Lih Kang

Dalam pada itu, Lih Kang memberitahu setakat ini, sebanyak 43 teknologi MIMOS telah dikomersialkan dengan hasil janaan sebanyak RM209.83 juta, menunjukkan penerimaan yang baik oleh industri.

“Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), terdapat 15 teknologi telah dibangunkan dan turut dipamerkan di MTP 2024
hari ini. MIMOS juga mensasarkan untuk mengkomersialkan sebanyak 20 projek R&D menjelang akhir tahun 2025.
“Saya meletakkan keyakinan terhadap teknologi yang dibangunkan oleh MIMOS dan percaya sasaran ini akan mampu dicapai,” ujarnya.

Foto: FB Chang Lih Kang

Sementara itu, MOSTI turut memaklumkan Lih Kang telah mengadakan lawatan kerja ke Republik Rakyat China yang berlangsung dari 24 hingga 28 April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menyaksikan pemeteraian MoU antara MIMOS Berhad dan CETC, mencerminkan komitmen bersama terhadap inovasi dalam sektor-sektor utama seperti Advanced Packaging, Semikonduktor Jalur Lebar, dan Reka Bentuk Sistem.

Foto: FB Chang Lih Kang

“Saya dapat melihat pemeteraian MoU antara Gigafactory Malaysia Sdn Bhd (GMSB), BAIC International Development Co. Ltd, dan BAIC Bluepark New Energy Technology Co. Ltd, bertujuan untuk menggalakkan inovasi dalam sektor kenderaan elektrik (EV) dan mempromosikan pengadaptasian EV di rantau ASEAN, semasa menghadiri Pameran Auto China 2024,” ujarnya.

Lih Kang turut berpeluang menyaksikan pertukaran MoU antara Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan Beijing Zhongguancun Science City Innovation Development Co. Ltd.

“Lawatan kerja dan kerjasama yang terjalin daripada lawatan ini dilihat menjadi satu penanda penting dalam kerjasama antara Malaysia dan China, serta bagi terus memupuk inovasi dan mendorong kemajuan untuk kepentingan bersama,” kata MOSTI dalam satu kenyataan hari ini.

Ini sekali gus menjadi satu penanda penting dalam hubungan dua hala, bertepatan dengan sambutan Ulang Tahun ke 50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd