Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terbitkan Hasutan Soal Projek Kasino Di Forest City, Che’gu Bard Mengaku Tidak Bersalah

Ahli politik dan aktivis, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dilaporkan didakwa atas pertuduhan menerbitkan penerbitan yang menghasut berhubung projek kasino di Forest City, di Mahkamah Sesyen Johor Bharu hari ini.

Menurut satu laporan Berita Harian, lelaki berusia 45 tahun tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rasidah Roslee hari ini.

Foto: Utusan

“Mengikut pertuduhan, ahli politik itu didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi akaun Facebook atas nama Che GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, jam 6.30 petang, 26 April lalu.
“Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau juga dilaporkan diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan peguam pemerhati Hassan Abdul Karim, manakala kes tersebut dikendalikan oleh barisan Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai Datuk Masri Mohd Daud, Abdul Ghafar Ab Latif, Abdul Malik Ayob dan Nadia Mohd Izhar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM20,000 kepada Chegu Bard bagi pertuduhan berkenaan dengan seorang penjamin selepas Che’gu Bard mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

“Selain itu, pendakwaan memohon perintah larangan supaya tertuduh tidak mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan umum di mana-mana termasuk platform media sosial sehingga kes selesai.

Foto: Buletin TV3

“Oleh itu, perintah larangan adalah perlu supaya tertuduh tidak mengeluarkan komen atau sebarang kenyataan umum bagi memastikan perjalanan kes tidak diganggu-gugat,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Rafique menyifatkan cadangan tersebut sebagai terlalu tinggi selepas mengambil kira jumlah denda dikenakan jika disabit kesalahan atas pertuduhan berkenaan.

“Anak guam juga sudah dituduh atas kesalahan sama di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur dengan jaminan ditetapkan pada RM10,000 dengan seorang penjamin.
“Perintah larangan yang dimohon pihak pembelaan pula tidak khusus dan bersifat injuksi. Perintah itu adalah tidak berperlembagaan kerana mengikut Perkara 10 rakyat Malaysia ada kebebasan untuk membincang sesuatu perkara secara terbuka mengikut undang-undang,” ujarnya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan tersebut dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 Jun bagi penyerahan dokumen dan penetapan tarikh perbicaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohamed Farid Noh)

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd