Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Salah Guna Gambar, DAP Gesa Meta Hapus Akaun Palsu Calon Kerajaan Perpaduan

Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa syarikat Meta menghapuskan akaun palsu calon Kerajaan Perpaduan kerana menggunakan gambar bagi tujuan yang salah.

Memetik laporan Bernama, Setiausaha Publisiti Kebangsaan (DAP), Teo Nie Ching dengan yakin menyatakan bahawa akan lebih banyak akaun palsu bakal muncul serta menyamar sebagai calon untuk menyebar maklumat bercanggah menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu.

Foto: Bernama

Difahamkan, terdapat individu yang menggunakan gambar salah seorang calon PRK, Pang Sock Tau lalu mencipta sebuah akaun Facebook palsu seusai sahaja penamaaan calon diumumkan, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, akaun rasmi Sock yang diwujudkan sejak Februari 2018 itu telah memiliki sebanyak 33,000 pengikut setakat ini.

“Pencalonan Pang Sock Tao telah diumumkan malam tadi. Hari ini, seseorang telah menggunakan fotonya untuk mencipta akaun palsu di Facebook.
“Untuk makluman, halaman rasmi Pang Sock Tau ialah https://www.facebook.com/XiaoTaoUbahTV, yang diwujudkan sejak Februari 2018, dan beliau mempunyai 33,000 pengikut di halaman rasminya,” katanya hari ini.

Foto: Google

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi itu turut menganggap kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) ini memudahkan orang ramai untuk menghasilkan kandungan.

“Saya juga ingin menggesa mereka yang tidak sehaluan dengan kita supaya bersaing secara sihat. Libatkan diri, bukan marah, berdebat bukan kebencian,” ujarnya.

Selain menyeru orang ramai agar sentiasa meneliti fakta serta tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang salah, Teo turut menggesa pihak tertentu untuk bersaing secara sihat meskipun tidak sehaluan pendapat.

Semalam, Sock telah diumumkan sebagai salah seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding untuk PRK DUN Kuala Kubu Baharu Mei ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd