Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Warga India Menyamar Sebagai Juruterbang Singapura Ditahan

Seorang lelaki warga India ditahan polis setelah didapati menyamar sebagai juruterbang Singapore Airlines dan memalsukan pengenalan diri (ID).

Memetik laporan NDTV, polis India telah menahan lelaki yang dikenali sebagai Sangeet Singh di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi atas kesalahan menyamar sebagai juruterbang Singapore Airlines pada Khamis.

Foto: NDTV

Menurut polis, pada ketika itu, Sangeet dikatakan sedang berkeliaran di kawasan berhampiran Skywalk lapangan terbang berkenaan dengan memakai pakaian seragam juruterbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain tidak memiliki sebarang kelayakan, Sangeet juga didapati menipu ahli keluarganya berhubung pekerjaannya sebagai seorang pemandu kapal terbang komersial.

“Penyamar itu, yang dikenali sebagai Sangeet Singh dari Gautam Buddha Nagar Uttar Pradesh, telah dikesan oleh Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF) berjalan-jalan berhampiran skywalk lapangan terbang yang dihiasi dengan pakaian seragam juruterbang,” kata polis tempatan.

Siasatan awal mendapati Sangeet telah memalsukan bukti kelayakannya sebagai juruterbang dengan mereka kad pengenalan tersebut menerusi aplikasi pembuat kad perniagaan.

Foto: Indian Express

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun ini telah mendapatkan pakaian seragamnya di kawasan Dwarka di ibu negara berkenaan.

“Walaupun tidak mempunyai sebarang kelayakan, Singh telah mengelirukan keluarganya sendiri untuk mempercayai bahawa dia seorang juruterbang komersial,” ujarnya.

Dalam pada itu, polis berkata, difahamkan Sargeet telah menamatkan kursus hospitaliti penerbangan di Mumbai selama setahun pada tahun 2020.

Susulan itu, siasatan terhadap Sangeet berhubung kes penyamaran ini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa mengikut Kanun Keseksaan India.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: NDTV 

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd