Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Covid-19: AstraZeneca Akui Vaksin Keluarannya Ada Kesan Sampingan

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam berpuluh-puluh kes.

Menurut satu laporan Utusan, pihak AstraZeneca berkata, memang diakui bahawa vaksin berkenaan boleh mengakibatkan kesan sampingan, iaitu menyebabkan sindrom Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome (TTS) tetapi dalam kes yang sangat jarang berlaku.

Foto: FiercePharma

“Mekanisme penyebab bagaimanapun tidak diketahui. Selanjutnya, TTS juga boleh berlaku jika tiada vaksin AstraZeneca (atau mana-mana vaksin). Penyebab dalam mana-mana kes individu akan menjadi perkara untuk bukti pakar,” katanya.

Bagaimanapun, pihak AstraZeneca menafikan sekeras-kerasnya hujah yang mengatakan bahawa vaksin AstraZeneca-Oxford mengakibatkan cacat dan keberkesanannya juga sangat berlebihan kepada tubuh badan manusia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, kes pertama yang melibatkan kegagalan vaksin AstraZeneca-Oxford ialah bapa kepada dua anak, Jamie Scott mengalami kecederaan otak kekal selepas mengalami pembekuan darah dan pendarahan di otak yang menghalangnya daripada bekerja selepas menerima vaksin pada April 2021.

Foto: SkyNews

Isteri Scott, Kate melaporkan bahawa pihak hospital menghubunginya sebanyak tiga kali untuk memberitahu bahawa suaminya akan meninggal dunia yang membawa dia mengemukakan tuntutan ke Mahkamah Tinggi kepada pihak farmaseutikal tersebut pada Februari lalu.

Bagaimanapun, pihak AstraZeneca membantah tuntutan tersebut tetapi menerima dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi bahawa vaksinnya berkemungkinan boleh menyebabkan TTS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak AstraZeneca melalui surat maklum balas kepada peguam Scott berkata pihak mereka tidak menerima bahawa TTS (pembekuan darah dan kiraan platelet darah rendah) disebabkan oleh vaksin pada peringkat generik pada Mei 2023.

Foto: SkyNews

Kate memberitahu Telegraph, dunia perubatan sudah lama mengakui bahawa trombosis imun yang disebabkan oleh vaksin, Vaccine-induced Thrombotic Thrombocytopenia (VITT) merupakan subset TTS.

“Kami memerlukan permohonan maaf, pampasan yang adil untuk keluarga kami dan keluarga lain yang terjejas. Kami mempunyai kebenaran di pihak kami, dan kami tidak akan berputus asa,” ujarnya.

Foto: SkyNews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, sebanyak 51 kes telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi oleh mangsa dan saudara mara yang bersedih dan menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM598.873 juta).

Kerajaan bersedia menanggung pembayaran ganti rugi bagi pihak AstraZeneca terhadap sebarang tindakan undang-undang tetapi enggan campur tangan dengan kegagalan vansin tersebut.

Sumber: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama pencipta kandungan di media sosial, Fendymojo menjadi bualan ramai selepas didakwa jual kek coklat premium bernilai RM39 namun berkulat. Menerusi video tular, wanita...

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Pempengaruh lepas geram membeli barangan kemas buat isteri tercinta selepas dikecewakan atas layanan salah seorang staf di kedai emas sebelum ini. Dia yang juga...

Sosial

Pengasas Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal), Herman Sudil meluahkan rasa bengang apabila seorang budak lelaki tujuh tahun di bawah jagaannya didakwa telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd