Connect with us

Inspirasi

Terbeban Kerja Sekolah Banyak, Budak 6 Tahun Mengadu Kepada Perdana Menteri

Seorang kanak-kanak perempuan dari Kashmir menarik perhatian orang ramai selepas videonya yang membuat ‘aduan’ kepada Perdana Menteri (PM) India, Narendra Modi mengenai bebanan kerja sekolah tular di media sosial.

Menurut laporan Tribune India, kanak-kanak berusia enam tahun itu mempersoalkan jadual kelasnya diadakan secara dalam talian dalam waktu yang panjang iaitu bermula jam 10 pagi dan berterusan sehingga 2 petang pada setiap hari.

Seorang pengguna laman Twitter, @NamrataWakhloo memuat naik video berdurasi seminit 11 saat itu sehingga meraih 642,000 tontonan dan lebih 31,000 tanda suka serta mengundang rasa terhibur dalam kalangan warganet.

https://twitter.com/NamrataWakhloo/status/1398587707794759680

Kanak-kanak itu berkata, murid ‘senior’ di kelas tujuh dan lapan sepatutnya diberikan lebih banyak kerja sekolah berbanding golongan seusianya yang pasti mudah hilang tumpuan.

“Ada subjek bahasa Inggeris, matematik, Urdu dan Kajian Alam Sekitar (EVS). Kemudian ada kelas komputer juga… Mengapa anak-anak kecil dibebani dengan kerja sekolah yang banyak, PM Modi?,” soalnya.

Memetik laporan Times of India pula, luahan kanak-kanak tersebut mendapat perhatian Leftenan Gabenor Jammu dan Kashmir, Manoj Sinha sekali gus mengarahkan jabatan pendidikan mengeluarkan pelaksanaan baharu dalam tempoh 48 jam.

Manoj berkata, kanak-kanak adalah anugerah Tuhan dan kehidupan mereka sepatutnya dipenuhi dengan perasaan gembira dan ceria.

Sumber: Tribune India , Times of India

Continue Reading
Advertisement

Trending