Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang.
Menerusi satu perkongsian di X, @Vandeeta3 telah memuat naik satu video memaparkan lelaki Bangladesh itu sedang menyediakan burger untuk pempengaruh daripada United Kingdom (UK).
Perkataan yg paling aku sakit hati dgr "Malaysia is not Malaysian anymore it's Bangladesh" influencer Bangla ni ckp .. area mana ni??. Agak² apa korang rasa yer. Penguatkuasa mana!! @imigresenmy please take actions pic.twitter.com/txnUh96j3i
— fahaizalzee (@Vandeeta3) May 1, 2024
“Perkataan yang paling aku sakit hati dengar “Malaysia is not Malaysian anymore, its Bangladesh. Area mana ni?
“Agak-agak apa korang rasa ya? Penguatkuasa mana? Tolong ambil tindakan,” kata @Vandeeta3 di ruangan kapsyen.
Menurut warga asing itu, hanya orang Melayu yang boleh menjual burger Ramly tetapi dia merupakan satu-satunya warga Bangladesh yang boleh menjual burger berkenaan.
Artikel lain: Curang Dengan Puluhan Wanita, Nikita Mirzani Tidak Mahu Kembali Kepada Bekas Kekasih
Namun apa yang membuatkan warga Malaysia semakin berang adalah apabila pempengaruh dari UK itu berkata Malaysia kini milik warga Bangladesh.
Lelaki Bangladesh selamba jual burger Ramly tepi jalan
“Saya nak bagitau kamu semua, Malaysia bukan lagi milik orang Malaysia. Ia milik orang Bangladesh, percayalah,” ujar pempengaruh dari UK itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia meluahkan rasa berang mereka terhadap warga asing itu dan beranggapan lelaki Bangladesh itu melampaui batas.
Kat mana ni? Panas pula tengok dorang ni
Sepatutnya ada limit dengan apa yang dorang boleh buat di sini
Dorang dah beranak pinak dah kat sini
Baru pandai bikin burger dah claim Bangladesh punya
Dorang ni suka banggakan Bangladesh yang duduk Malaysia
Sejak bila Malaysia ada kaum Bangladesh
Dorang ni tak bayar apa-apa
Wajib hantar ke negara asal
Dalam pada itu, ramai juga warga maya yang mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap warga asing ini kerana mereka sepatutnya tidak dibenarkan berniaga di gerai seperti itu.
Malaysia perlu lebih tegas, selamba je lelaki Bangladesh jual burger Ramly
Mana pihak bekuasa tempatan?!
Harap kerajaan buka mata, jadi lebih tegas macam negara lain
Selain itu, ada juga warganet yang berkata warga Bangladesh itu berkemungkinan menyewa tapak gerai itu daripada warga tempatan yang mengambil kesempatan.
Dorang berani sebab ada yang sokong
Biasanya pemilik gerai orang Malaysia, sewakan kepada dorang
Makin menjadi-jadi ye warga asing di Malaysia ni, patut diambil tindakan dah…..
Sumber: X @Vandeeta3