Connect with us

Inspirasi

Setanding Model2 Terkemuka, Kecantikan Gadis Sindrom Down Dipersada Dunia

Siapa menjangkakan bahawa kekurangan yang ada pada diri mampu jadi kelebihan yang boleh dibanggakan yang tidak mampu  dimiliki oleh orang lain. Bahkan, perkara ini juga mampu memberi semangat dan sokongan buat insan-insan yang dengan kekurangan yang ada pada diri mereka.

Seorang remaja sindrom down telah terpilih untuk menjadi model sekaligus menjayakan kempen untuk sebuah jenama fashion mewah dan terkemuka iaitu Gucci Beauty. Kecantikannya itu telah dipaparkan diatas talian oleh Vouge Italia.

Benda macam ni industri perlukan!

Ellie Goldstein yang kini merupakan model berusia 18 tahun telah bernaung dibawah Zebedee Management. Zebedee Management adalah salah sebuah agensi yang mencungkil bakat daripada golongan yang penampilannya sering dipinggirkan oleh media.

Daya tarikan yang ada pada diri Ellie Goldstein ini membuatkan produk daripada Gucci Beauty itu mempunyai identitinya yang tersendiri.

Kejayaan gadis ini membuatkan agensi pemodelannya memuat naik gambar kejayaannya itu di laman Instagram milik mereka. Lebih mengagumkan, gambar Ellie Goldstein tersebut telah meraih tanda suka yang terbanyak dari kalangan pengguna laman Instagram sendiri.

Jadi tidak perlu malu dengan setiap kekurangan yang ada pada diri sendiri. Tonjolkan dan tunjukkan kepada orang ramai bahawa satu kekurangan itu mampu jadi kelebihan yang tidak mampu dimiliki oleh mereka.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending