Connect with us

Cute

“Selalu Manja2 Dan Rapat!” – Anak Angsa Sangka Peladang Adalah Ibunya!

Selain daripada kucing, angsa juga merupakan haiwan belaan manusia. Angsa bukan sahaja dijadikan sebagai haiwan belaan, malah turut digunakan untuk tujuan jualan.

Anak angsa kehilangan ibu

Seorang peladang yang tinggal bersama keluarganya di Kajang mempunyai seekor angsa betina. Pada suatu hari, mereka mendapati angsa tersebut telah bertelur.

Walau bagaimanapun, angsa tersebut hilang selepas melahirkan telur.

Lelaki tersebut menganggap bahawa angsanya berkemungkinan telah dimakan oleh ular sawa kerana dia tidak menjumpai jejak angsa itu.

Kemudian, Encik Muhammad telah meletakkan telur tersebut di dalam inkubator untuk proses pengeraman dan satu hari telur tersebut menetas.

Secara kebetulan, Encik Muhammad telah berada di hadapan telur angsa itu. Disebabkan kerana Encik Muhammad menjadi orang pertama yang melihat telur itu menetas, anak angsa tersebut telah beranggapan bahawa encik Muhammad adalah ibunya.

Nama Anak Angsa Hazelin

Dia telah menamakan anak angsa tersebut sebagai Hazelin kerana ia menetas ketika Malaysia dihujani dengan jerebu. Sejak itu, anak angsa tersebut mengikutinya ke mana-mana sahaja Encik Muhammad berada.

Siap ada IG lagi

Dia juga telah membuka akaun Instagram untuk Hazelin dan dikendalikan oleh anaknya memandangkan dia seorang yang buta IT dan tidak tahu menggunakan media sosial.

Ini adalah perkara yang jarang berlaku dan ianya sangat comel! Semoga anak angsa tersebut membesar dengan sihat dan cantik.

Sumber: WorldOfBuzz

Continue Reading
Advertisement

Trending