Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rumah Diserbu, Israel Mahu Roboh Kediaman Imam Masjid Al-Aqsa

Rumah Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmaqdis Timur telah diserbu dan bakal diroboh oleh Ejen perisikan Israel selain memberi notis larangan perjalanan ke atas pendakwah tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh peguam pendakwah itu, Khaled Zabarka dimana Sabri menerima notis larangan daripada melakukan perjalanan.

Rumah Imam Masjid Al-Aqsa

Artikel lain: Bekas Tahanan Palestin Dakwa Didera & Dicabul Dalam Penjara Israel

“Sabri telah diserahkan perintah yang menghalangnya daripada melakukan perjalanan,” kata Khaled Zabarka kepada Agensi Anadolu.

Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan kempen hasutan telah dilakukan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel terhadap pendakwah Masjid Al-Aqsa itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rumahnya diserbu pada Ahad dan ejen itu menyerahkan perintah roboh bangunan tempat beliau tinggal dan hari ini beliau dilarang melakukan perjalanan.
“Pencabulan terhadap pendakwah itu adalah percubaan untuk menutup mulutnya yang dengan lantang menyuarakan kebenaran,” kata peguam itu.

Apa yang lebih menyedihkan, Sabri telah ditahan beberapa kali malah disekat daripada memasuki Masjid Al-Aqsa untuk beberapa bulan.

Sekadar info, pendakwah yang berusia 84 tahun itu merupakan pengkritik pendatang haram Israel di tanah Palestin malah beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata keadaan di Semenanjung Gaza semakin memburuk setiap jam.

Sehingga kini, skurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 43,616 cedera dalam serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti di kawasan itu sejak 7 Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Sinar Harian

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd