Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Ulat’ KLIA Tumpas! JPJ Perkukuh Penguatkuasaan, 54 Kenderaan Termasuk Dikendali Warga Asing Disita

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebanyak 54 kenderaan yang dikesan terbabit dalam kegiatan ‘ulat’, termasuk melibatkan warga asing, menerusi operasi khas yang dijalankan di sekitar Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Operasi yang berlangsung dari 12 hingga 26 Jun lalu itu turut menyaksikan sebanyak 76 notis dikeluarkan, termasuk enam notis terhadap warga asing atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, daripada 54 kenderaan yang disita, 27 adalah kenderaan persendirian, dua kenderaan syarikat, sembilan teksi dan 16 kenderaan e-hailing.

Menurut beliau, sindiket ‘ulat’ dikesan menyasarkan pelancong yang baru tiba di balai ketibaan dengan menawarkan perkhidmatan pengangkutan tanpa permit pada kadar tambang jauh lebih tinggi daripada kadar sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum ini terdapat kes melibatkan seorang pelancong dari China yang pada mulanya bersetuju membayar RM60 bagi perjalanan dari KLIA Terminal 2 ke Kuala Lumpur, namun akhirnya dipaksa membayar RM836 apabila tiba di destinasi.
“Mangsa turut mendakwa diugut dan tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan sekiranya enggan membuat bayaran,” katanya pada sidang media di Terminal 2 KLIA, hari ini.

Beliau berkata, JPJ memandang serius kegiatan berkenaan kerana bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mencemarkan imej negara, menjejaskan industri pengangkutan awam berlesen serta memberi pengalaman buruk kepada pelancong, khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Mana-mana kenderaan yang digunakan untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa permit atau melanggar syarat permit akan disita mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
“JPJ juga akan memohon perintah pelucuthakan terhadap kenderaan yang digunakan untuk kegiatan haram itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Aedy Fadly memaklumkan bahawa sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini, JPJ telah memeriksa 151 kenderaan, mengambil tindakan terhadap 131 kenderaan serta menyita 133 kenderaan yang dikaitkan dengan kegiatan ‘ulat’.

Artikel lain: JPJ Sita MPV Mewah Milik Pemain Bola Sepak Kebangsaan

Beliau berkata, JPJ akan terus memperhebatkan rondaan di KLIA dengan menambah anggota penguat kuasa yang ditempatkan secara tetap di Terminal 1 dan Terminal 2 bagi memastikan kegiatan haram itu dapat dibanteras secara berterusan.

“JPJ akan meningkatkan rondaan di KLIA dengan menambah anggota penguat kuasa yang ditempatkan secara tetap di Terminal 1 dan Terminal 2 bagi memastikan kegiatan ulat dapat dibanteras secara berterusan.
“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang mengambil kesempatan terhadap pelancong dan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini,”tegasnya.

Sumber: BH Online (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd