Connect with us

WTF

Rawat Pemain Malaysia Yang Cedera, Petugas ‘Medical’ Dikenakan Kad Kuning

Malaysia berjaya ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas mengalahkan Thailand 1-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja, semalam.

Walau bagaimanapun, tidak pernah berlaku lagi dalam mana-mana perlawanan apabila salah seorang petugas perubatan dilayangkan kad kuning pengadil ketika merawat seorang pemain Malaysia.

Ini kerana petugas tersebut didakwa sengaja melengahkan masa perlawanan ketika diarah keluar dari padang oleh pengadil berkenaan.

Petugas pun kena kad kuning?

https://twitter.com/vocketfc/status/1193483176338808832

Beberapa potongan video aksi perlawanan itu dikongsi di laman Twitter sehingga menimbulkan kelucuan dalam kalangan warganet yang rata-rata meluahkan rasa kasihan terhadap ‘abang air mineral’ berkenaan.

‘Man of the match!’

https://twitter.com/akhifairuz_/status/1193479702368768000?s=20

“Sejarah bola sepak dunia ni. Mana lagi nak cari abang bawa air yang kena kad kuning,” tulis seorang pengguna Twitter.

Memang kelakar bila tengok reaksi ‘abang air mineral’ tu! Muka tak bersalah, tiba-tiba dapat kad kuning. Padahal niat nak membantu pemain yang cedera.

Sumber : vocketfc , akhifairuz_

Continue Reading
Advertisement

Trending