Connect with us

WOW

PKP: Ikut Saranan KPWKM, Wanita Bekerja Sambil Melaram Di Rumah

Saranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada keluarga terutamanya wanita yang terkesan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk meniru suara watak komik, Doraemon bagi memujuk pasangan masing-masing dan mengelakkan pergaduhan rumah tangga menjadi perhatian ramai minggu ini.

Malah, wanita juga diminta berhias di rumah sepanjang PKP seperti hari kebiasaan mereka keluar bekerja bagi menarik perhatian suami semasa berkuarantin .

Ikut saranan yang telah dicadangkan!

Di lamab Facebook, seorang wanita meraih perhatian orang ramai apabila dia memuat naik beberapa keping gambar yang memapar dirinya melakukan kerja-kerja rumah dengan berpakaian yang sangat gah.

Kemas rumah kena pakai cantik2!

 

Jaga penampilan diri walau di rumah!

Sudah tentunya, perkara yang dilakukan ini mencuit hati ramai pengguna Facebook. Ramai juga dilihat berseloroh diruangan komen dan menyatakan tips tersebut tidak sewajarnya diwar-warkan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk mendengar segala arahan dan saranan yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan wabak COVID-19 ini diatasi dengan segera.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending