Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ugut Nak Sebarkan Video Lucah, Wanita Potong Kemaluan Kekasih

Seorang wanita telah ditahan pihak polis Indonesia apabila dipercayai memotong alat kelamin kekasihnya sewaktu berada di sebuah hotel di Kota Sibolga, Sumatera Utara.

Potong kemaluan sebab bengang diugut

Memetik laporan dari detiknews, pelaku yang dikenali sebagai AST itu telah memotong kemaluan kekasihnya yang dikenali sebagai OG,28 selepas mangsa mengugut mahu menyebarkan video lucah mereka.

Ketua Polis Daerah Sibolga, Taryono Raharja mengesahkan laporan tersebut dan wanita terbabit sudah ditahan untuk membantu siasatan.

“Korban menderita luka serius pada bagian alat vitalnya akibat dianiaya wanita berinisial AST (28), saat keduanya menginap di hotel,” kata.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tolak ajakan ‘bersama’ punca diugut

Difahamkan, mangsa telah mengugut mahu menyebarkan video lucah mereka selepas ajakan untuk ‘bersama’ dengan pelaku ditolak.

Berang selepas diugut, AST terus memotong kemaluan OG menggunakan pisau sehingga mengalami pendarahan yang banyak.

Motif penganiayaan dilatarbelakangi korban mengancam pelaku dengan rencana menyebar video perbuatan mesum mereka berdua,” ujarnya.

Menurut laporan dari Tribunnews pula, mangsa dan pelaku menjalinkan hubungan walaupun masing-masing telah mempunyai pasangan sendiri.

Mereka telah bersama sejak 7 bulan lalu dan pelaku tinggal di Padangsidimpian manakala mangsa bermustautin di Mandailing Natal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Detiknews, Tribunnews

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd