Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Setia Hadir Sejak RXZ Members 1.0, Ramai Mahu Pak Su Tomoi Diberi Anugerah Khas

Nama Pak Su Tomoi sekali lagi menjadi perhatian sempena perhimpunan RXZ Members apabila kisah kesetiaannya menghadiri acara itu sejak edisi pertama tular di media sosial.

Tak pernah gagal sertai RXZ Members

 Difahamkan, penunggang motosikal dari Kedah itu dikatakan tidak pernah gagal menyertai perhimpunan berkenaan dan sanggup menunggang motosikal ke Terengganu setiap tahun demi memeriahkan acara.

Jadikan Pak Su ikon RXZ Members

Susulan itu menerusi video yang tular di media sosial, ramai dalam kalangan peminat RXZ mencadangkan agar pihak penganjur memberikan pengiktirafan khas kepada Pak Su Tomoi sebagai tanda penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan selama ini.

Setiap tahun hadir

Difahamkan, Pak Su merupakan antara peserta paling setia kerana tidak pernah terlepas menghadiri RXZ Members dari edisi 1.0 hingga 8.0.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, orang ramai berharap pengorbanannya dihargai menerusi hadiah istimewa sama ada dalam bentuk wang tunai atau cenderahati.

Gaya tunggangan Pak Su yang sentiasa berhemah dan tidak melakukan aksi berbahaya di jalan raya turut menerima pujian daripada warganet.

Semoga selamat pergi dan balik

Sebelum ini, penganjur RXZ Members 8.0 mengumumkan slogan ikonik “Yang Kental, Pasti Sampai” digantikan dengan “Yang Santai, Pasti Sampai” sebagai usaha menggalakkan budaya tunggangan yang lebih selamat dalam kalangan peserta.

Sumber: TikTok 99xproject

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd