Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Umum Tarif Baharu, 60 Buah Negara Jadi Sasaran

Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif baharu ke atas 60 rakan dagang susulan isu buruh paksa, dengan kadar antara 10 hingga 12.5 peratus yang mula berkuat kuasa hari ini.

Beri kesan kepada ekonomi utama dunia

Memetik laporan daripada Kosmo! Online, langkah itu memberi kesan kepada beberapa ekonomi utama dunia termasuk China, India dan Kesatuan Eropah (EU), selain dilihat lebih kukuh dari sudut perundangan berbanding tarif global yang diperkenalkan sebelum ini.

“Amerika Syarikat melaksanakan larangan import (produk menggunakan) buruh paksa selama hampir satu abad, dan menguatkuasakannya secara ketat. Sudah tiba masanya rakan dagang kami melakukan perkara yang sama,” kata Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer.

Beberapa negara ada sedikit kelonggaran

Di bawah pelaksanaan tarif itu, negara yang melaksanakan atau komited terhadap larangan import buruh paksa dikenakan tarif 10 peratus termasuk Kanada, EU, India dan United Kingdom.

Sementara itu, China, Jepun, Korea Selatan serta puluhan negara lain dikenakan tarif lebih tinggi sebanyak 12.5 peratus, namun beberapa negara seperti EU, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Switzerland menerima sedikit kelonggaran susulan perjanjian perdagangan yang dimeterai dengan AS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Washington turut menjalankan siasatan berasingan terhadap 16 ekonomi berhubung isu lebihan kapasiti industri yang berpotensi membawa kepada pengenalan tarif tambahan pada masa akan datang.

Sumber: Kosmo! 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd