Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Kematian Rocky: JPV Mulakan Siasatan, Keterangan Suspek Dan Saksi Dirakam

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang pada malam Rabu lalu.

Ambil keterangan suspek dan beberapa saksi

Menurut JPV Selangor, rakaman keterangan itu dibuat berkaitan kesalahan penganiayaan haiwan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, adil dan tanpa memihak kepada mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Rocky dilaporkan mati ketika operasi penguatkuasaan di Pelabuhan Klang pada malam Rabu, dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mempertahankan tindakan pegawainya serta mendakwa berlaku kekecohan ketika operasi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MBDK memaklumkan pemilik anjing tersebut didakwa bertindak agresif ketika cuba memotong tali yang digunakan untuk menahan Rocky, selain menyebabkan pegawai sukar melonggarkan ikatan berkenaan sehingga haiwan itu disahkan mati.

Sumber: Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd