Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pesona Bob T20! Akui Pernah Didekati Wanita Popular, Artis Juga Turut DM

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini.

Menurut Bob menerusi Podcast SembangOhYeahh, dia tidak menafikan pernah menjalani kehidupan sebagai seorang ‘playboy’ dan mempunyai ramai kenalan wanita suatu ketika dahulu.

Namun, pengalaman yang dilalui membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati dan matang dalam menilai sesuatu hubungan.

Pernah didekati artis dan influencer

Dalam perkongsian tersebut, Bob turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa individu dalam kalangan artis dan pempengaruh media sosial yang pernah cuba mendekatinya. Bagaimanapun, dia memilih untuk merahsiakan identiti mereka daripada pengetahuan umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada yang aku pernah (keluar), ada yang aku tak pernah.
Macam aku cakap, xxx itu aku pernah jumpa sekali sahaja. Itu pun bukan aku yang nak keluar dengan dia, orang lain yang bawa. Selalunya yang macam itu, aku memang ‘palau’ sahaja.
Tapi aku tak nak reveal lah siapa,” ujarnya.

Kini lebih utamakan keikhlasan

Walau bagaimanapun, Bob menjelaskan dirinya kini lebih mengutamakan keikhlasan dan keserasian dalam sesebuah hubungan berbanding faktor luaran semata-mata.

“Mungkin betul macam netizen cakap, sebab duit. Tapi bagi aku, ramai sahaja orang kaya kat luar sana yang lagi kaya daripada aku. Bukan aku yang paling kaya dalam Malaysia ini.
Tapi kenapa mereka tak nak keluar dengan orang luar sana, kenapa nak keluar dengan aku? Maksudnya, bukan sebab duit juga,” katanya.

Confident Bob beli di mana?

Pengakuan itu sekali gus mengundang perhatian netizen yang mula membuat pelbagai spekulasi mengenai individu yang dimaksudkan Bob.

Malah, ada juga yang cuba meneka siapakah artis dan pempengaruh yang pernah dikaitkan dengannya berdasarkan kenyataan tersebut.

Hebat abang Bob!

Ajak berkawan bukan semestinya suka

Walaupun terus menjadi bualan ramai, Bob tetap berpegang kepada pendiriannya untuk tidak mendedahkan identiti mana-mana individu yang pernah cuba mendekatinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok sembangohyeahh

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd