Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kos Rawatan Penyakit Berkaitan Vape Cecah RM369 Juta Setahun – KKM

Beban ekonomi dan kos rawatan penyakit berkaitan penggunaan vape dianggarkan mencecah sekitar RM369 juta setiap tahun, iaitu melebihi jumlah kutipan duti eksais daripada produk vape, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Memetik laporan Free Malaysia Today, kementerian itu menegaskan hasil kutipan duti eksais tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan penjualan produk vape di pasaran.

“Bagi tempoh pelaksanaan duti eksais terhadap produk rokok elektronik atau vape, jumlah kutipan yang direkodkan sebanyak RM80.32 juta pada 2023, meningkat kepada RM111.14 juta pada 2024 dan RM118.93 juta pada 2025.
“Bagi tempoh 1 Jan hingga 11 Jun tahun ini, kutipan direkodkan bernilai RM44.11 juta, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan duti eksais sebanyak RM354.51 juta,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Kenyataan itu diberikan sebagai jawapan kepada pertanyaan Senator Robert Lau mengenai cadangan mengharamkan vape, jumlah kutipan hasil cukai serta rasional kerajaan terus membenarkan penjualan produk berkenaan meskipun berisiko tinggi terhadap kesihatan.

Dalam jawapan sama, KKM memaklumkan pihaknya sedang memperketat kawalan terhadap produk berisiko tinggi, termasuk meneliti cadangan mengharamkan vape jenis berbotol susulan kebimbangan ia mudah dicampur dengan dadah atau bahan terlarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut kementerian itu, sebarang keputusan rasmi, termasuk cadangan pengharaman secara lebih menyeluruh, akan dibuat berdasarkan bukti saintifik, data semasa dan kepentingan kesihatan awam.

Buat masa ini, kerajaan memberi keutamaan kepada pelaksanaan serta penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang menyediakan kerangka kawal selia menyeluruh bagi semua produk merokok termasuk vape.

KKM berkata fokus utama penguatkuasaan Akta 852 adalah melindungi orang belum dewasa (OBD), iaitu individu berusia bawah 18 tahun.

“Hal ini selaras peruntukan Seksyen 13(1) yang melarang penjualan produk merokok kepada OBD, Seksyen 13(3) melarang pembelian oleh OBD serta Seksyen 17 yang melarang penggunaan mana-mana produk merokok oleh golongan berkenaan,” terangnya.

Artkel lain: Gesa Vape Diharamkan, Elak Pelajar Sekolah Salah Guna Dadah – Musa Hassan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut KKM, pendekatan kawal selia yang lebih tegas menerusi Akta 852 bertujuan mengehadkan akses dan penggunaan produk merokok, sekali gus memastikan perlindungan kesihatan awam, terutama dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.

Sumber: Free Malaysia Today 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd