Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peluru tembus pipi hingga rahang, insiden anggota tentera terkena tembakan disiasat

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di Lapang Sasar 75 Meter, Menyala, Port Dickson pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, Truper (TPR) Muhammad Akhmal Shahrudin sedang berada di belakang sasaran ketika seorang lagi anggota melaksanakan latihan kering sebelum melepaskan tembakan pada jarak 25 meter.

TDM dalam kenyataan memaklumkan, anggota berkenaan tidak menyedari bahawa mnagsa masih berada di belakang sasaran ketika tembakan dilepaskan.

“Akibat kejadian itu, anggota mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan sehingga menembusi ke rahang bawah kiri.
“Anggota telah dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk diberikan rawatan awal bagi menghentikan pendarahan,” katanya hari ini.

Foto: Janaan AI

Hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman dan keadaan mangsa ketika ini stabil.

“Beliau ditidurkan untuk rawatan lanjut.
“Pihak PDRM akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenal pasti punca serta faktor yang membawa kepada kejadian tersebut,” ujarnya.

TDM memandang serius insiden itu dan turut akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian berlaku ketika anggota berkenaan menjalani latihan menembak sebagai persiapan bagi pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD).

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman turut menzahirkan dukacita berhubung insiden berkenaan serta mendoakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan sepanjang proses rawatan dan pemulihan.

Pada masa sama, TDM menyeru semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa serta TDM menjalankan siasatan secara telus dan adil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd