Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Hungarian GP: Bukan Di Paddock! Presiden Czech Jadi Jurugambar F1 Demi Minat Fotografi Sukan Permotoran

Kehadiran pemimpin dunia ke perlumbaan Formula 1 (F1) lazimnya melibatkan lawatan rasmi, sesi bergambar bersama pasukan atau menyaksikan perlumbaan dari kawasan eksklusif paddock.

Namun, Presiden Republik Czech, Petr Pavel, mencuri perhatian apabila memilih pengalaman berbeza pada Grand Prix Hungary apabila turun ke tepi litar sebagai jurugambar.

Berbekalkan pas media rasmi daripada FIA serta kelengkapan kamera profesional, Pavel meluangkan masa di Litar Hungaroring pada Sabtu dengan merakam aksi perlumbaan bersama jurugambar Formula 1 dari Czech, Jiří Křenek.

Beliau hadir bukan sebagai tetamu kehormat atau atas urusan rasmi kerajaan, sebaliknya sebagai jurugambar yang ingin merakam detik-detik menarik perlumbaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kehadirannya hanya disedari orang ramai selepas gambar-gambarnya mula tular di media sosial.

Minat Pavel terhadap fotografi sukan permotoran bukanlah sesuatu yang baharu.

Sebelum ini, beliau pernah merakam pelbagai acara perlumbaan berprestij termasuk perlumbaan 24 Jam Le Mans pada Jun 2026, MotoGP dan Kejuaraan Dunia Superbike di Brno, Rali Dakar di Arab Saudi pada 2025 serta perlumbaan NASCAR di Amerika Syarikat.

Malah, beberapa hasil rakamannya ketika Rali Dakar pernah dipamerkan di Muzium Teknikal Kebangsaan Prague sebagai pengiktirafan terhadap bakatnya dalam bidang fotografi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun 2025, beliau turut melelong sebuah album yang menghimpunkan koleksi gambar hasil rakamannya dan berjaya mengumpulkan kira-kira €30,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan di Czech yang membantu kanak-kanak, ibu atau bapa tunggal serta warga emas.

Sebelum dipilih sebagai Presiden Republik Czech, Pavel pernah menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, antara jawatan tertinggi dalam pakatan pertahanan itu.

Walaupun kini mengetuai negara, beliau tetap meluangkan masa mengejar minatnya dalam dunia fotografi sukan permotoran dengan berada di tepi litar bersama jurugambar lain, membawa sendiri kelengkapan kameranya dan merakam aksi perlumbaan seperti petugas media profesional.

Perkara itu sekali gus membuktikan minatnya terhadap sukan permotoran bukan sekadar untuk menarik perhatian, malah telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya sejak sekian lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: IG Kym Illman F1

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd