Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada SJR Aidiladha, JPJ Kelantan Guna Kaedah ‘Undercover’ Dalam Bas

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengambil pendekatan berbeza sempena musim Aidiladha tahun ini apabila tidak melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya memperketat pemantauan terhadap bas ekspres melalui kaedah penyamaran.

Penguat kuasa ditempatkan secara rawak

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah menyatakan, di bawah Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026, anggota penguat kuasa akan ditempatkan secara rawak sebagai penumpang biasa dalam bas ekspres bagi memastikan pematuhan undang-undang.

Menurutnya, anggota tanpa uniform akan menaiki bas seperti penumpang lain, termasuk ada yang turut pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Kami tidak buat sekatan jalan raya sebab tidak mahu menambah kesesakan, tetapi itu tidak bermaksud tiada penguatkuasaan.
“Dalam mana-mana trip, akan ada anggota kami berada dalam bas untuk memastikan undang-undang dipatuhi dan keselamatan diutamakan,” katanya.

Penyamaran dijalan di Terminal Bas Lembah Sireh

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Ops Khas Kenderaan Mewah (Luxury) dan Ops Hari Raya Aidiladha 2026 di Pejabat JPJ Negeri di Panji, Kelantan pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain penyamaran dalam bas, pemeriksaan turut dijalankan di Terminal Bas Lembah Sireh melibatkan semakan lesen memandu, buku log, keadaan teknikal bas serta saringan air kencing pemandu dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Aliran dijangka meningkat bermula Jumaat

Katanya, aliran trafik dijangka meningkat bermula malam Jumaat apabila orang ramai mula pulang ke kampung dengan anggaran lebih satu juta kenderaan memasuki Kelantan.

Sepanjang operasi itu, sebanyak 187 anggota penguat kuasa digerakkan membabitkan 50 pasukan operasi di seluruh negeri.

Sekadar gambar hiasan

JPJ turut menggunakan dron bagi memantau kesalahan lalu lintas dari udara termasuk memotong di garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan dan memotong barisan.

Tambah beliau, Unit Penguatkuasaan Bermotosikal juga akan melakukan rondaan bergerak di kawasan bandar dan laluan sesak dengan bantuan kamera tindakan bagi merakam kesalahan pengguna jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sahrinni Wahid)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd