Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Terkorban Ketika Misi Mencari Penyelam Warga Itali, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir Mahudhy

Ribuan rakyat Maldives berhimpun dalam suasana hiba di ibu negara, Malé pada Sabtu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada penyelam penyelamat tentera, Sarjan Kelas Pertama Mohamed Mahudhy.

Difahamkan, Mahudhy maut ketika menjalankan operasi mencari kumpulan empat penyelam warga Itali yang lemas di kawasan Vaavu Atoll dalam insiden menyelam paling buruk di destinasi pelancongan itu.

Menurut laporan Sukun Play, anggota Pasukan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) itu disemadikan dengan penghormatan penuh ketenteraan di Aasahara selepas solat jenazah diadakan di Pusat Islam.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, anggota kabinet, pegawai kanan tentera, rakan seperjuangan, sahabat handai serta orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahudhy dilaporkan terkenal sebagai antara penyelam penyelamat paling berpengalaman di negara itu, selain sering terlibat dalam operasi berisiko tinggi di laut.

Rakan-rakan setugas menyifatkan beliau sebagai seorang yang tenang ketika berdepan situasi genting serta tidak pernah teragak-agak untuk menyelam ke kawasan berbahaya demi menyelamatkan nyawa orang lain.

“Beliau sanggup turun ke kedalaman yang tidak ramai berani lakukan,” kata seorang rakan penyelam seperti dipetik portal berkenaan.

Selain dikenali dalam dunia ketenteraan, Mahudhy turut dihormati sebagai pemain bola keranjang berbakat serta individu yang merendah diri dan berdisiplin.

Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian apabila keranda beliau diusung melewati barisan anggota tentera yang memberi tabik hormat buat kali terakhir kepada wira negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemergian Mahudhy disifatkan sebagai kehilangan besar buat Maldives, khususnya dalam komuniti penyelamat dan ketenteraan negara berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan kumpulan penyelam lima individu terdiri daripada pakar dan penyelidik universiti itu dipercayai menyelam sehingga kedalaman kira-kira 50 meter untuk eksplorasi gua bawah air pada tengah hari Khamis, tapi mereka gagal timbul semula ke permukaan.

Tentera Maldives memaklumkan satu mayat ditemui dalam gua pada kedalaman sekitar 60 meter pada hari kejadian, manakala empat lagi mayat dipercayai masih dicari.

Sumber: Sukun Play

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd