Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah Bersalah Kes Pengubahan Wang Haram Lebih RM45 Juta

Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM45 juta, 10 tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu ke atas Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan Fauziah Piut, 61, iaitu isteri Ag Mohd Tahir atas 19 pertuduhan sama manakala bekas Timbalan Pengarah jabatan itu Lim Lam Beng, 72, yang berdepan empat pertuduhan serupa turut dibebaskan selepas mendapati pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Foto: BH Online

Sementara itu, mahkamah melepaskan Ag Mohd Tahir dan isterinya atas dua pertuduhan bersama berkaitan pengubahan wang haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Sabah dan Kuala Lumpur antara 4 Oktober hingga 4 November 2016 dan 13 Oktober hingga 8 November 2016 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes rasuah terbesar Sabah

Kes ini menarik perhatian kerana sudah berlangsung selama hampir sedekad. Ia adalah kes pengubahan wang haram terbesar di Sabah.

Kes itu menjadi tajuk utama pada 2016 apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan antara rampasan terbesar pernah direkodkan di Sabah membabitkan barangan berharga dan wang tunai berpuluh-juta ringgit.

Foto: BH Online

Imej timbunan wang tunai dalam bilik dan bertaburan atas lantai yang tersebar meluas di media tempatan ketika itu menjadikan siasatan berkenaan antara skandal rasuah paling mendapat perhatian di negara ini.

Selepas beberapa siri penangguhan, perbicaraan bermula pada 7 Mei 2018 dengan pihak pendakwaan memanggil 46 saksi di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat.

Pihak pembelaan kemudian memanggil 15 saksi termasuk beberapa individu yang pada awalnya ditawarkan pihak pendakwaan seperti bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan bekas menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim.

Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Ansari Abdullah, Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Fadzidahtul Ardianah, Rasrina Patrick T Rining dan Noorsyazwani Sapri, manakala Lam Beng pula diwakili peguam Tan Hock Chuan, Baldev Singh serta Kelvin Wong.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd