Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Alhamdulillah, Rezeki! 21 Rakyat Malaysia Terpilih Tunai Haji Tajaan Raja Salman

Seramai 21 rakyat Malaysia terpilih menyertai Program Tetamu Raja Arab Saudi 2026 atau Khadimul Haramain bagi menunaikan ibadah haji tahun ini menerusi tajaan penuh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Program tahunan anjuran Kementerian Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi itu meliputi kos penginapan, tiket penerbangan, makan minum serta perbelanjaan sepanjang berada di Masya’ir Haram.

Ketua Delegasi Tetamu Haji Raja Salman, Datuk Wira Ahmad Tajuddin Idris berkata, Malaysia merupakan antara negara yang konsisten menerima jemputan khas berkenaan setiap tahun.

Menurut beliau, pemilihan peserta dibuat menerusi kerjasama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi berdasarkan sumbangan individu terhadap Islam, dakwah, masyarakat serta negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulillah pada malam ini kita akan berangkat ke Jeddah dan terus masuk Mekah, lepas habis tunaikan haji kita ke Madinah sekejap sebelum pulang tanah air. Kami akan berada di sana lebih kurang 14 hari bermula 19 Mei hingga 2 Jun.
“Jumlah peserta tahun ini seramai 21 orang, hampir sama seperti tahun lalu namun, kami berharap jumlah itu dapat ditambah pada masa akan datang, Insya-ALLAH. Kalau tidak silap, beberapa tahun lalu Malaysia pernah menerima tajaan sehingga 60 peserta.
“Jadi, kita doakan agar kemurahan hati Raja Salman membolehkan lebih ramai individu yang berjasa kepada Islam, dakwah dan negara diberi peluang menunaikan haji melalui program ini,” katanya pada Isnin.

Turut hadir, Mursyid Delegasi Tetamu Haji Raja Salman, Dr Fadlan Mohd Othman.

Artikel lain: Jemaah Termuda 2026! Remaja 18 Tahun Tunai Haji Seorang Diri, Ibu Daftar Sejak Bayi

Sementara itu, peserta delegasi yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas jemputan menunaikan haji bersama isterinya tahun ini.

Menurut beliau, jemputan itu mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi khususnya dalam bidang pendidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita mempunyai ramai mahasiswa dari Arab Saudi yang melanjutkan pengajian di UTM dan mereka disantuni dengan baik.
“Saya berharap hubungan ini akan terus memperkukuh kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara.
“Saya dan isteri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, khususnya Raja Salman,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Roskhoirah Yahya)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd