Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Bekas MB Perlis Bebas Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM19,000

Anak lelaki kepada bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505.10 pada Februari 2024.

Bebas pertuduhan tuntutan palsu

Memetik laporan Sinar Harian, hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, selepas mahkamah meneliti keseluruhan keterangan saksi yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.

“Oleh yang demikian tertuduh dilepaskan, dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri, wang jaminan (RM20,000) dikembalikan,” katanya ketika membacakan keputusan mahkamah.

Pada 23 Mei 2024, Mohd Syafeeq, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan satu dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis kepada Nurul Nabilah Mohd Sukri yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 19 Februari 2024, dengan niat memperdayakan prinsipalnya.

Dia didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tuntutan bertarikh 14 Februari 2024 berjumlah RM19,505.10 atas nama Mohd Farid Abdul Hamid berkaitan perkhidmatan penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di Hospital Tuanku Fauziah, mengandungi butiran palsu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Mohd Syafeeq diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob.

Artikel lain: Anak Menteri Sorok Perkahwinan Di Negara Jiran Daripada Keluarga – KPN

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Fariz Abdul Hamid memaklumkan kepada pemberita bahawa seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang tempoh dua tahun perbicaraan kes tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, pihak pendakwaan akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Kangar dalam tempoh 14 hari bagi mendapatkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd