Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Selepas Lakar Kemenangan, Jake Paul Cabar Conor McGregor Pula Beraksi Di MMA

Selepas melakar kemenangan ke atas Mike Tyson pada Sabtu lalu, Jake Paul kini mengalihkan perhatian kepada Conor McGregor selepas mencabar bintang bela diri campuran (MMA) itu untuk bertarung dalam perlawanan tanpa kelas had berat badan.

Memetik laporan USA Today, Paul yang berusia 27 tahun itu telah mencabar McGregor menerusi satu hantaran di platform media sosial X dan berharap jaguh dari Ireland itu ‘menyambut’ tawaran tersebut untuk bertarung dalam kategori MMA.

Foto: X @jakepaul

“Saya tahu awak beritahu pasukan saya yang awak akan berlawan dengan saya untuk kategori 170lbs (berat badan 77 kilogram). Itu tidak akan berlaku. Tapi mari kita buat perlawanan MMA tanpa kelas berat. Seperti dulu. Tapi awak takkan berani,” kata Paul pada 16 November.

Paul sebelum ini pernah mencabar Presiden UFC, Dana White untuk mengatur satu perlawanan dalam gelanggang octagon menentang McGregor pada t2022, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya, (McGregor) takkan berhadapan saya. Lihat bagaimana dia bergelut dengan Nate (Diaz) yang bagi saya mudah saja. Ia seperti satu sesi ‘sparring’ untuk mengalahkan Nate. Dia tidak akan berhadapan dengan saya, itu takkan pernah berlaku,” tambah Paul.

Foto: USA Today

Selepas kemenangan ke atas Tyson, Paul turut mendedahkan mengenai kemungkinan akan berhadapan dengan Gervonta Davis dan Canelo Alvarez pada perlawanan seterusnya.

Paul juga berbangga apabila pertarungannya dengan Tyson memberikan impak besar di seluruh dunia dengan mencatat sejarah baharu apabila 60 juta isi rumah menyaksikan perlawanan tersebut menerusi gergasi penstriman Netflix.

Menurut Netflix juga, perlawanan tersebut menjadi salah satu acara paling banyak ditonton di platform mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: USA Today (Heather Tucker)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd