Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

PM Anwar Ucap Takziah Tragedi Pesawat Terhempas Di Rusia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat AN-24 yang terhempas di Wilayah Amur, Rusia pada Khamis.

PM Anwar ucap takziah

Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, Anwar meluahkan rasa sedih dan dukacita atas insiden yang telah meragut kesemua nyawa penumpang dan anak kapal.

PM Anwar ucap takziah

Foto: theedgemalaysia

“Saya berasa amat dukacita apabila menerima perkhabaran mengenai insiden pesawat terhempas di Wilayah Amur, Rusia. Doa dan ingatan saya bersama keluarga yang kehilangan orang tersayang,” katanya.

Artikel lain: Kebakaran Hutan Los Angeles: PM Anwar Ucap Takziah

Beliau turut menekankan bahawa kejadian ini mengingatkan kita semua betapa rapuhnya kehidupan dan pentingnya hubungan sesama manusia, tanpa mengira sempadan atau latar belakang.

“Dalam saat-saat sukar seperti ini, kita diingatkan betapa rapuhnya kehidupan serta betapa kita saling terkait merentasi jarak dan sempadan. Ia juga mengingatkan kita bahawa nilai kemanusiaan yang dikongsi bersama jauh lebih penting daripada geopolitik,” ujarnya.
PM Anwar ucap takziah

Foto: Russian Investigative Committee

Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Rusia dan menyatakan bahawa Malaysia berdiri dalam solidariti bersama mereka yang sedang berkabung.

PM Anwar ucap takziah

Foto: Kosmo!

Difahamkan, pesawat AN-24 itu dilaporkan terbakar ketika dalam fasa penurunan sebelum terhempas. Tinjauan udara di lokasi kejadian mengesahkan tiada mangsa terselamat daripada keseluruhan 46 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan enam kru.

Sumber: Facebook @Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd