Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lima Tahun Menduda, Aamir Khan Kahwin Lagi Pada Usia 61 Tahun

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediamannya di Mumbai, India, semalam.

Memilih untuk tidak mengadakan majlis mewah, Aamir, 61, hanya menjemput ahli keluarga serta rakan terdekat bagi meraikan hari bahagianya.

Antara tetamu yang hadir ialah bekas pemain kriket India, Irfan Pathan, pengarah terkenal Ashutosh Gowariker, selain dua anak Aamir iaitu Junaid Khan dan Ira Khan, serta seorang anak Gauri.

Menerusi video yang tular di media sosial, Aamir dan Gauri dilihat duduk di atas lantai bagi menandatangani dokumen pendaftaran perkahwinan sebagai simbolik penyatuan mereka, manakala para tetamu berdiri mengelilingi pasangan itu sepanjang upacara berlangsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, pasangan tersebut sudah saling mengenali sejak 25 tahun lalu, namun hanya mula menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2024.

Perkahwinan itu merupakan yang ketiga buat Aamir, manakala Gauri juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

Sebelum ini, bintang filem 3 Idiots itu pernah berkahwin dengan Reena Dutta pada 1986 sebelum bercerai selepas 16 tahun bersama.

Aamir kemudian mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem Kiran Rao pada 2005, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil dua perkahwinan terdahulu, Aamir dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk Azad Rao Khan yang kini berusia 14 tahun.

Sumber: ap7m

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Nasional

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP)...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd