Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kes Pelajar Maut Di Sabah: KPM Sedia Beri Kerjasama, Tidak Kompromi Salah Laku Buli

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia memberi kerjasama penuh berhubung kejadian seorang pelajar lelaki maut dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional dekat Lahad Datu, Sabah.

Menerusi satu kenyataan, KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

Foto: Media sosial

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, pelajar Kolej Vokasional di Sabah yang telah meninggal dunia pada Jumaat,” katanya hari ini.

KPM berkata, kematian mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa dan menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media sosial

“KPM telah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa,” ujarnya.

Pada masa sama, KPM turut menawarkan sokongan psikososial kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej.

Semalam, media melaporkan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Foto: Media sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd