Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Siasat Insiden Kereta Peronda Didakwa Langgar Lampu Isyarat Merah

Polis sedang menyiasat kejadian sebuah kereta peronda yang didakwa melanggar lampu isyarat merah hingga hampir mengakibatkan kemalangan di persimpangan NSK, Jalan Haruan 2, di Seremban, pada 16 September lalu.

Polis mengenal pasti kereta peronda langgar lampu merah

Kereta Peronda Langgar Lampu Merah

Foto: FB Malaysia Hari Ini

Menurut kenyataan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dan siasatan sedang dijalankan sebelum tindakan dalaman diambil.

Artikel lain: Pandu Kereta Tanpa Lesen, Remaja 16 Tahun Ditahan Polis Selepas Aksi Kejar-mengejar

“Setiap anggota polis juga tertakluk kepada peraturan jalan raya. Hanya dalam situasi tertentu melibatkan tugasan kecemasan, mereka dibenarkan bertindak di luar kebiasaan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi. 
Jika terdapat perlanggaran prosedur, tindakwan sewajarnya akan diambil,” katanya.

Beliau pada masa yang sama mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat sahih atau membuat spekulasi berhubung insiden berkenaan kerana ia boleh benimbulkan kekeliruan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Kereta Peronda Langgar Lampu Merah

Foto: FB Malaysia Hari Ini

Terdahulu, rakaman video kereta peronda langgar lampu merah itu tular di meida sosial apabila kereta polis berkenaan didakwa meluncur melepasi lampu merah sebelum sebuah kenderaan awam sempat membrek bagi mengelakkan perlanggaran

Sumber: Facebook @Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Lokal

Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersama rakan kongsinya, Datuk Norliza Tajuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd