Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

JDT Juara Piala Malaysia! Johor Isytihar Isnin Cuti Peristiwa

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2025/26, malam tadi.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, pengisytiharan cuti itu dibuat atas perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail susulan kejayaan membanggakan skuad Harimau Selatan itu.

“Atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan JDT merangkul Piala Malaysia 2025/26,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 2-0 dalam aksi final penuh dramatik dan mendebarkan.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz turut menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Ismail atas kepimpinan serta komitmen berterusan baginda dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus mencipta nama di pentas antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: TMJ Tetap Bangga! JDT Tersingkir ACC, Janji Bangkit Lebih Kuat & Garang

Beliau menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hadiah istimewa buat seluruh Bangsa Johor dan penyokong setia Harimau Selatan.

“Sesungguhnya, kemenangan ini adalah hadiah buat seluruh Bangsa Johor dan penyokong JDT yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan, dalam suka dan duka, di setiap perlawanan, di setiap musim.
“Terima kasih juga kepada barisan pemain, jurulatih, pengurusan pasukan dan seluruh keluarga besar JDT atas kejayaan yang cukup membanggakan ini,” katanya.

Kejayaan terbaru itu sekali lagi membuktikan dominasi Johor Darul Ta’zim sebagai kuasa besar bola sepak tanah air apabila terus menambah koleksi kejuaraan domestik mereka musim demi musim.

Sumber: FB Onn Hafiz Ghazi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil dengan sisi kemanusiaan yang dekat di hati rakyat. Mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd