Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jalan Licin Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan ATM – PTD

Kemalangan yang melibatkan kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada awal November lalu didapati berlaku akibat keadaan jalan raya yang licin dan kecuaian pemandu.

Foto: thesun

Menurut laporan Kosmo! Online, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menjelaskan perkara itu telah diputuskan oleh lembaga siasatan baru-baru ini selepas menyiasat nahas tersebut.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati cuaca yang buruk menyebabkan permukaan jalan licin, manakala momentum dan muatan berat daripada dua buah KPKP turut menyumbang kepada kemalangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menegaskan terdapat unsur kecuaian membabitkan memandu laju melebihi had prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Ada juga unsur kecuaian membabitkan memandu laju melebihi had daripada prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan,” katanya hari ini ketika sidang akhbar selepas Majlis Pengurniaan Pangkat kepada seorang anggota tentera yang menyelamatkan empat remaja daripada lemas di Puncak Alam, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pihak ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan kecuaian sama ada daripada pemandu atau penyelia konvoi.

ATM akan mengambil tindakan dan menilai tindakan yang perlu, dengan pihak yang bertanggungjawab akan menghadapi prosiding tatatertib selaras dengan peraturan tentera.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebarang pergerakan konvoi tentera akan dijalankan di bawah SOP yang ketat, memerlukan kenderaan pengiring dan mematuhi had laju yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Kos pembaikan bagi kerosakan pada treler dan pengangkut dianggarkan berjumlah RM182,000 dan akan diperbaiki oleh pihak tentera.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Rasdan Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang tular susulan dakwaan menghina penduduk China ketika melancong ke negara itu baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd