Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Irmohizam Cipta Sejarah Jadi Rakyat Malaysia Pertama Terima Anugerah Kepimpinan Terbilang di India

Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima Anugerah Kepimpinan Terbilang di Exhibition Excellence Awards (EEA) 2025, yang berlangsung di CIDCO Exhibition & Convention Centre, Navi Mumbai, India pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, anugerah berprestij itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Ekslusif Shanghai New International Expo Centre (SNIEC), Michael Kruppe, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam industri Acara Perniagaan (Bus Eventa – Be) di peringkat global.

Foto: Buletin TV3

Dr. Irmohizam, yang kini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) serta Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), menyatakan rasa syukur dan penghargaan atas pengiktirafan tersebut.

“Saya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini kerana ia mencerminkan semangat dan komitmen saya yang tidak pernah luntur terhadap pertumbuhan dan transformasi industri Acara Perniagaan (BE),” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan membina ekosistem yang lebih berdaya tahan, inovatif dan inklusif, agar industri ini terus maju seiring perubahan global.

Katanya, segala usaha yang dilakukan diharap dapat menyumbang kepada perubahan positif dalam landskap ekonomi dan industri acara antarabangsa.

Exhibition Excellence Awards merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Exhibition Showcase, iaitu platform MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran) terkemuka di India.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Carian Google

Majlis ini bertujuan menghargai pemimpin industri dari seluruh dunia yang telah memberi impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi dan perubahan dalam dunia penganjuran acara.

Turut menerima pengiktirafan pada malam anugerah tersebut ialah tokoh-tokoh terkemuka industri antarabangsa seperti Ray Bloom (Pengasas IMEX Group), Mala Dorasamy (Ketua Pegawai Eksekutif MITEC), dan Adeline Vancauwelaert (Ketua Pegawai Operasi UFI).

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017....

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd