Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

GSF 2.0: SNCC Sahkan 8 Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Negara Haram

Seramai lapan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dilaporkan ditahan tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki dipintas ketika dalam pelayaran membawa bantuan ke Gaza, hari ini.

Kejadian itu berlaku apabila beberapa buah kapal dalam flotila tersebut didatangi secara agresif oleh pasukan tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus, kira-kira 241 batu nautika dari Pantai Gaza.

Antara yang ditahan termasuk aktivis, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA yang berada di atas kapal Amanda sekitar jam 5 petang, manakala Muhamad Muhsin Zaidi di kapal Isobella dipintas kira-kira jam 5.20 petang.

Seorang lagi peserta, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang menaiki kapal Josef turut dipercayai ditahan berdasarkan paparan langsung di Pusat Operasi Sumud Nusantara (SNCC).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut terlibat dalam insiden sama ialah S. Patmanathan, Muhammad Amirul Afif Mohd. Azhar dan Dr. Syakirin Mohamed Senin yang berada di kapal Ferluto, dipercayai ditahan sekitar jam 4.50 petang.

Dua lagi rakyat Malaysia, Mohammad Syazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari yang menaiki kapal Cactus turut ditahan sekitar jam 4 petang.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kapal GSF telah dihampiri secara agresif oleh rejim bermula jam 3 hingga 6 petang ketika berada di kawasan perairan antarabangsa.

Menurut beliau, situasi tersebut berlaku di laluan maritim sah yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“SNCC mengesahkan sekurang-kurangnya lima kapal melibatkan lapan rakyat Malaysia telah terkesan dalam insiden tersebut.
“Pihak IOF melakukan pendekatan provokatif menggunakan beberapa buah bot laju jenis RIBs (Rigid Inflatable Boats) ke arah flotila selain mengesan kehadiran dua dua kapal perang (warship) dan sebuah kapal tahanan (prison ship) berhampiran kawasan operasi flotilla,” katanya.

Dalam perkembangan sama, SNCC memaklumkan sebanyak 41 kapal lain dalam misi berkenaan termasuk yang membawa 21 rakyat Malaysia masih meneruskan pelayaran ke Gaza walaupun berdepan risiko keselamatan yang tinggi.

“SNCC memantau rapat perkembangan terkini operasi flotilla dan akan terus menyalurkan kemas kini rasmi dari semasa ke semasa berhubung status keselamatan serta pergerakan flotilla,” ujarnya.

Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 sebelum ini memasuki fasa akhir apabila 54 kapal dilaporkan berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju Gaza pada 14 Mei lalu.

Seramai 29 peserta Malaysia berusia antara 22 hingga 58 tahun dilaporkan menyertai misi tersebut, terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional termasuk kapten kapal, pembantu kapten, kru, pegawai perubatan dan juruteknik.

Misi ini dianjurkan di bawah gerakan kemanusiaan antarabangsa Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan untuk penduduk Gaza di tengah konflik berterusan di wilayah berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd