Infozon
Kes Covid-19 Melonjak 6,000 Buat Pertama Kali, Jepun Isytihar Darurat Sebulan

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula esok 8 Januari hingga 7 Februari di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan tertinggi kes Covid-19 sejak permulaan pandemik tersebut.
Bagaimanapun, Suga telah dikritik atas sikapnya yang seakan teragak-agak untuk mengambil tindakan bagi membendung penularan virus berbahaya tersebut.
Menerusi laporan Reuters, Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura berkata, cadangan pengisytiharan darurat yang berlangsung dalam tempoh tersebut dipersetujui dalam mesyuarat pagi ini.
Tindakan tersebut dilakukan sebagai langkah memerangi penularan wabak terutamanya di bar dan restoran yang disebut sebagai kawasan berisiko utama.
Walaupun penularan Covid-19 tidak begitu serius berbanding negara-negara lain, Jepun telah menyaksikan jangkitan harian terbaru meningkat sebanyak 6,000 untuk pertama kalinya semalam,
Hari ini, Suga dijadualkan mengadakan sidang akhbar rasmi pada jam 6 petang untuk mengumumkan keputusan darurat yang melibatkan ibu negara, Tokyo serta wilayah Saitama, Kanagawa dan Chiba.
Rentetan itu, pegawai pemerintah telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pakar minggu ini untuk menilai langkah-langkah mengendalikan lonjakan penularan dengan mengambil kira faktor ekonomi.
Antara langkah-langkah yang akan dikenakan dalam tempoh darurat adalah meminta restoran dan bar ditutup pada jam 8 malam, larangan mengadakan acara, mengehadkan acara sukan dan acara besar melebihi 5,000 orang peserta.
Berdasarkan simulasi dijalankan oleh saintis dari Universiti Kyoto, Hiroshi Nishiura, jangkitan di Tokyo boleh mencecah 3,500 sehari sehingga Februari ini dan mencapai 7,000 pada Mac jika tiada sebarang pendekatan baru.
Langkah berjaga-jaga yang ditetapkan boleh mengambil selama dua bulan untuk mengurangkan kadar jangkitan. Bagaimanapun, industri yang paling teruk terjejas adalah industri makanan dan minuman (restoran).
Menurut Teikoku Databank, minggu ini sahaja kadar muflis dalam sektor restoran makanan meningkat daripada 732 hingga 780 sejak 2020.
Sumber: Sinar Harian , Reuters , Bernama

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit