Infozon
Kan Dah Cakap Jangan Bagi Anak-anak Makan Nugget, Ini Sebabnya!

Ramai yang masih keliru, sama ada nugget ayam baik dibenarkan atau tidak untuk dihidangkan seisi keluarga, terutamanya anak-anak?
Bukankah ia hanyalah daging ayam, dan kebanyakan nugget menggunakan daging bahagian dada yang dikatakan kurang lemak. Malah, ayam kan merupakan sumber protein yang baik, jadi apa masalahnya?
Ya, sebenarnya cerita tentang nugget ayam kurang baik untuk kesihatan ada benarnya. Memetik laman Boldsky.com, nugget memang tidak digalakkan untuk dijadikan makanan harian dan ini sebabnya:
1. Berminyak
Penggunaan minyak yang banyak bukan sahaja ketika menggoreng, malah ketika proses penyediaan nugget tersebut sekaligus membuktikan nugget mengandungi trans fat.
Ia seterusnya menjadi punca kepada masalah kesihatan seperti obesiti, sakit jantung dan pelbagai keradangan dalam badan.
2. Kesan sampingan gula
Gula turut digunakan semasa proses penghasilan nugget, jika anda tidak tahu. Sekiranya anda sering menghidangkan nugget kepada anak-anak, ia hanya menambahkan kalori dan juga lemak dalam badan.
Pesakit diabetes juga harus menjauhkan diri daripada mengambil nugget.
3. Terlalu banyak garam
Makanan yang diproses seperti nugget menggunakan jumlah garam yang sangat banyak. 10 keping nugget mengandungi 1,000 mg garam, sedangkan setiap individu hanya memerlukan 2,000 hingga 3,000 mg garam sehari.
Lebih teruk, jika tiada potassium dalam nugget digunakan untuk mengimbangi garam, ia boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
4.Bahan kimia berbahaya
Sudah tentu penghasilan nugget memerlukan bahan kimia seperti TBHQ dan Dimethylpolysiloxane. Produk ini lazimnya digunakan dalam penghasilan kosmetik dan suntikan kecantikan.
Sudah tentu ia sangat tidak baik untuk kesihatan, bukan?
Sumber : Cari Infonet

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit