Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Iras Seperti Mat Kilau, Lelaki Dari Kampung Melayu Subang Ini Sedia Terima Tawaran Berlakon

Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Mohammad Taib Abdul Hamid dari Kampung Melayu Subang, Selangor menjadi perbualan orang ramai apabila wajahnya sangat mirip dengan pahlawan melayu pada ketika dahulu iaitu Allahyarham Mat Kilau Imam Rasu.

Difahamkan, lelaki yang berumur 76 tahun itu dikatakan seiras dengan Mat Kilau adalah disebabkan oleh raut wajah, pandangan mata, misai yang beruban serta susuk badan yang dimilikinya.

Menerusi laporan mStar, dia hanya menyedari wajahnya itu mirip seperti Mat Kilau selepas ditegur oleh rakan-rakan seusianya namun, pada masa yang sama, dia sangat berbangga dikurniakan keistimewaan tersebut.

Tambah anak kepada salah seorang peneroka awal Kampung Melayu Subang itu lagi, dia juga menuntut serta mempelajari ilmu seni mempertahankan diri sejak kecil lagi seperti mana yang dipraktikan oleh pahlawan Mat Kilau

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya belajar silat sewaktu usia belasan tahun. Tidaklah mahir untuk menjadi guru silat, tapi saya berbangga kerana dua anak saya turut berminat dalam ilmu persilatan,” katanya.

Malah, Mohammad Taib yang merupakan anak keempat daripada 11 beradik itu turut menggemari lagu-lagu ciptaan tokoh dalam industri nyanyian seperti Allharyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Datuk M Daud Kilau.

Bukan itu sahaja, dia sering menggayakan pakaian batik serta memakai topi koboi sebagai imej bagi dirinya sehingga digelar sebagai abang Taib atau abang koboi oleh orang kampung.

Dalam pada itu, Mohamad Taib sentiasa berlapang dada untuk menerima tawaran lakonan daripada mana-mana pihak produksi bagi melakonkan semula watak Mat Kilau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiada perasaan gementar dalam hidup saya kerana sebelum ini pun saya baca khutbah di hadapan ramai orang. Cuma ia sebagai satu pengalaman baru buat diri saya,” jelasnya.

Sumber: mStar

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hanya kerana mematahkan pemadam rakan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli yang baru, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas...

Spotlight

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya. Vnexpress...

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Lokal

Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama ‘Muhammad Imran Suresh’ yang mendakwa memiliki maklumat berhubung kes pemain bola sepak, Faisal Halim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd