Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TH Beri Peringatan, Umat Islam Diminta Waspada Tawaran Haji Guna Visa Tak Sah

visa haji

Lembaga Tabung Haji (TH) minta umat Islam waspada dengan sebarang tawaran pakej haji oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan visa yang tidak sah.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.

Menurutnya, kebenaran memasuki kawasan Arafah, Mudzalifah dan Mina (Masyair) untuk menunaikan ibadah haji hanya diberikan kepada jemaah yang mempunyai visa haji yang sah sahaja.

“Visa lain bagi tujuan pelancongan, pekerjaan, perniagaan, pengajian, umrah dan sebagainya tidak akan dibenarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab,” kata beliau.

visa haji

Artikel lain: TH Teruskan Perkhidmatan Bayaran Dam Dan Qurban Melalui Aplikasi THiJARI

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, segelintir pihak akan cuba membuat pelbagai tawaran visa dan pakej haji di luar kota haji negara.

Oleh itu, amatlah penting untuk orang ramai memeriksa dengan teliti terlebih dahulu setiap tawaran yang diberikan termasuklah jenis visa yang digunakan.

Kerajaan Arab Saudi ketatkan kawalan keselamatan

Dalam pada itu, Syed Hamadah berkata Kerajaan Arab Saudi kini giat memperkenalkan pelbagai inisiatif bertujuan untuk meningkatkan kecekapan prosedur musim haji.

Ia bertujuan bagi melancarkan proses ibadat dan keselamatan para jemaah haji yang datang dari seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan Arab Saudi akan melaksanakan kawalan keselamatan yang lebih ketat semasa kemuncak haji dengan sistem pengesahan jemaah haji yang lebih efisyen bagi memeriksa setiap jemaah yang masuk ke kawasan Masyair .
“Sebarang penggunaan visa tidak sah, akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerajaan tempatan dan penalti sebanyak SAR10 ribu,”katanya lagi.

Sementara itu, bakal-bakal haji dinasihati untuk lebih berhati-hati dan hanya menggunakan perkhidmatan pakej haji oleh 25 buah syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH bagi Musim Haji 1445H/2024M

Tegas beliau, mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa lesen TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd