Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Rawatan ‘Skin Allograft’ Tunjuk Perkembangan Positif, Faisal Halim Bakal Dibedah Kali Ke-4

Rawatan ‘skin allograft’ yang diterima oleh tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menunjukkan perkembangan positif dan bakal menjalani pembedahan keempat dalam masa terdekat.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan khabar gembira buat peminat bola sepak negara bahawa rawatan tersebut telah berjaya memandangkan ia tidak mempunyai sebarang isu berbangkit.

Foto: Kosmo! Online

Dalam pada itu, Shahril berkata, meskipun penyerang Harimau Malaya itu menunjukkan perkembangan yang positif, namun Faisal masih memerlukan pemantauan sebelum pakar perubatan menentukan rawatan selanjutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setakat ini, saya lihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses ‘skin allograft’ juga boleh dikatakan berjaya tanpa sebarang isu berbangkit.
“Kita lihat dalam tempoh sehari dua ini bagaimana perkembangan Faisal sebelum pakar perubatan menentukan rawatan seterusnya,” katanya pada hari ini.

Sebelum ini, Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair menjelaskan bahawa rawatan yang bernilai lebih RM30,000 dari Belgium itu merupakan satu pendekatan untuk proses pemulihan pemain berusia 26 tahun tersebut.

Foto: IG Faisal Halim

Difahamkan, rawatan ini akan menyebabkan orang ramai tidak boleh melawat Faisal secara rambang demi mengelakkan kulitnya dijangkiti kuman.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Ardie Putra Suhaimi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd