Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Fakulti AI Akhirnya Ditubuhkan, PM Pencetus Idea Seiring Perubahan Teknologi – Zambry

Peruntukan buat Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dinaikkan kepada RM20 juta, berbanding perancangan awal sebanyak RM3 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata demikian pada pelancaran Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) yang bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Foto: Media Mulia

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang mencetus idea untuk Malaysia segera bangkit dan bergerak seiring mendepani perubahan teknologi terutamanya dalam revolusi industri (IR 4.0) dan pembentukan generasi kecerdasan buatan (AI).
“Alhamdulillah tidak sampai empat bulan, Fakulti AI UTM ini berjaya ditubuhkan dengan kurikulumnya dipelopori oleh mereka yang pakar daripada cendekiawan tempatan dan juga pakar luar. 
“KPT juga melalui Fakulti AI ini sebulat suara menubuhkan Malaysia AI Consortium yang terdiri daripada universiti awam dan universiti swasta di Malaysia yang setiapnya akan mempunyai tumpuan dan fokus yang khusus,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyahut seruan ini bagi membawa Malaysia bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usahasama ini menuntut kerjasama pelbagai pihak dan inilah langkah diambil oleh KPT melalui konsortium dalam mendepani kemajuan AI.

“Secara tidak langsung, pembangunan AI ini melibatkan keseluruhan ekosistem yang berkaitan termasuklah IPT, agensi kerajaan dan swasta serta industri berkaitan,” ujarnya.

Untuk makluman, MY AI NEXUS yang dianjurkan oleh KPT dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diluncurkan oleh Anwar.

Program itu bertujuan untuk menyatukan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd