Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Banjir Kilat Luar Biasa Landa Afghanistan, Ragut Lebih 300 Nyawa

Hujan lebat luar biasa telah menyebabkan paras air sungai melimpah dan aliran lumpur meninggi mengakibatkan banjir kilat melanda beberapa wilayah di Kabul, Afghanistan kini diisytiharkan darurat kerana telah meragut lebih 300 nyawa.

Memetik laporan Sinar Harian, wilayah Baghlan yang paling teruk terjejas merekodkan lebih 200 mangsa dilaporkan terbunuh dan ribuan rumah rosak atau musnah di kebanyakan perkampungan serta kawasan pertanian di sejumlah provinsi.

Foto: Sinar Harian

Pegawai Program Kebangsaan yang mengetuai Tindak Balas Kecemasan di bawah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Mohammad Fahim Safie berkata, kira-kira 1,500 rumah binasa akibat bencana tersebut dan lebih 100 penduduk maut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, cuaca buruk pada Jumaat turut menyebabkan kemusnahan besar di wilayah Badakhshan, tengah Ghor dan barat Herat sehingga pasukan keselamatan turut dikerah untuk membantu mangsa cedera dan mereka yang terkandas dalam bencana tersebut.

Ketua Jabatan Pengurusan Bencana Alam di provinsi Takhar, Ahmad Seyar Sajid menjelaskan, bencana yang berlaku telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada penduduk di kawasan terjejas banjir

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengarahkan beberapa cawangan untuk menyediakan apa juga bentuk bantuan kepada mangsa dengan menggunakan segala sumber yang ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasukan Tentera Udara juga menjelaskan, pihaknya melancarkan operasi pemindahan selepas cuaca agak baik pada Sabtu, malah lebih 100 mangsa cedera sudah dipindahkan ke hospital berhampiran.

Kementerian turut memberitahu, pihak mereka turut mengagihkan bekalan penting termasuk makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk terkesan banjir itu selepas perintah kecemasan tersebut dikuatkuasakan.

Foto: Sinar Harian

Untuk rekod, sejak pertengahan bulan lalu, Kabul telah dilanda banjir yang turut mengorbankan kira-kira 100 mangsa di 10 wilayah dan tiada provinsi yang terhindar daripada bencana tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kawasan pertanian yang menjadi sumber pendapatan utama kira-kira 80 peratus daripada lebih 40 juta penduduk di negara itu juga tenggelam dan musnah sama sekali.

Hal ini kerana, tanah di Kabul dikatakan sukar untuk menyerap hujan kerana negara tersebut mengalami musim sejuk agak kering.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd