Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Takut Ditangkap Khalwat, Lelaki Panik Tinggalkan Kekasih Selepas Kereta Terjunam Dalam Sungai

Seorang lelaki panik lalu meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan yang dipandu terjunam ke dalam sungai kerana takut ditangkap khalwat.

Memetik laporan New Straits Times, pasangan itu yang menyangka mereka akan ditangkap khalwat dikatakan cuba melarikan diri daripada pihak polis dengan memecut kenderaan sejauh 14 kilometer dari kawasan Hutan Simpan Masjid Tanah sebelum terjatuh ke dalam sungai di Paya Lebar, Melaka malam tadi.

Foto: NST

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah menjelaskan suspek yang berusia 30 tahun itu dikatakan menjadi panik selepas kereta peronda berselisih dengan kenderaannya pada sekitar jam 9.30 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, suspek telah melarikan diri setelah kereta yang dipandu terbabas masuk ke dalam sungai tersebut sebelum digeledah oleh anggota peronda.

“Apabila sampai di Paya Lebar, kereta itu terbabas dari jalan dan masuk ke dalam sungai. Pemandu kemudian melarikan diri. Anggota peronda yang tiba di tempat kejadian menggeledah kenderaan itu tetapi tidak menemui barang seludup,” ujarnya.

Meskipun tiada barang seludup ditemui, namun pihak polis telah menyelamatkan seorang wanita berusia 26 tahun yang dilaporkan turut ditinggalkan seorang diri oleh teman lelakinya di dalam kereta terbabit.

Foto: Sinar Harian

Walau bagaimanapun, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dihantar ke rumah saudaranya yang terletak di Telok Gong.

“Kita sudah mengenal pasti suspek. Siasatan awal mendapati lelaki itu melarikan diri kerana takut ditahan polis kerana berdua-duaan dengan teman wanitanya di dalam kereta.
“Semakan juga mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” ujarnya.

Sumber: New Straits Times (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melucut hak sebanyak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita daripada adik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd