Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Selepas 12 Hari Berkahwin, Suami Baru Tahu Isteri Rupanya ‘Wanita Jadian’

Selepas 12 hari mendirikan rumah tangga, seorang suami terkejut apabila mendapat tahu bahawa isteri yang dinikahinya merupakan ‘wanita jadian’.

Memetik portal Detik.Com, identiti palsu isteri yang dikenali sebagai Adinda Kanza terbongkar apabila suaminya AK mendapati jantina sebenar pasangannya itu merupakan seorang lelaki.

Meskipun pada awalnya Adinda atau nama pangkalnya, ESH berjaya mengelirukan pasangannya yang berasal dari Kampung Wangunjaya, Naringgul Cianjur itu, namun sikapnya dilihat mencurigakan apabila menolak untuk melakukan hubungan intim.

Foto: KumparanNEWS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pihak polis yang menjalankan siasatan, Kanit Reskrim Polsek Naringgul Bripka Ridwan Taupik berkata, Adinda dilihat sangat mirip dengan wanita apabila dia bersolek dan sering berpakaian lengkap seperti perempuan setiap kali keluar rumah.

“Apatah lagi apabila dia mengenakan solek memang mirip wanita, jika diperhatikan daripada foto pernikahan mereka juga terlihat seperti wanita, suaranya juga lembut, jadi langsung tidak menimbulkan keraguan bahawa dia adalah lelaki,” katanya pada Sabtu.

Oleh kerana rasa ingin tahu, pihak AK telah pergi sendiri ke rumah keluarga Adinda yang terletak di Ciadun untuk mendapatkan kebenaran.

Susulan itu, ahli keluarga AK terus membuat laporan polis seusai mengetahui perkara sebenar daripada bapa kandung Adinda yang menyatakan bahawa anaknya itu merupakan seorang lelaki.

Foto: KumparanNEWS

Dalam pada itu, polis turut menjelaskan bahawa semasa pasangan itu bernikah, Adinda telah menyatakan kepada keluarga pasangannya bahawa bapanya tidak dapat dikesan lalu mereka terpaksa dinikahkan menerusi wali hakim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adinda akhirnya mengaku bersalah setelah didesak oleh pihak AK untuk membuat pengakuan berhubung jantina sebenarnya.

“Keluarga AK sangat terkejut dengan fakta itu, sebab semasa mereka dinikahkan Adinda mengatakan bahawa ayahnya hilang, hingga mereka dinikahkan oleh wali hakim.
“Setelah itu keluarga AK, mendapatkan Adinda hinggalah dia mengakui bahawa dia sebenarnya adalah seorang lelaki,” ujarnya.

Sumber: Detik.Com

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd