Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

KPN Peruntuk RM1.5 Juta Laksana Program Perpaduan – Aaron

Kementerian Perpaduan Negara telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk pelaksanaan program perpaduan dan RM800,000.00 untuk pengurusan operasi bagi tahun 2024.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang menyatakan bahawa Kementerian komited untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Kesukarelawanan. Inisiatif ini termasuklah pelaksanaan tujuh misi sukarelawan siswa dalam dan luar negara, pelantikan Duta Perpaduan dan Ikon Perpaduan, serta pembangunan Dasar Kesukarelawan Nasional.

Foto: Kementerian Perpaduan Negara

“Saya berharap agar Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan terus berusaha menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa selaras dengan slogan Perpaduan melalui Sukarelawan” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) YSS yang ke-12 di Putrajaya hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bersempena dengan AGM ini, Aaron turut mengesahkan dana tersebut akan memperkasakan lagi usaha dalam melahirkan lebih ramai sukarelawan siswa (Volunteer Leaders) dan memperkukuh keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Foto: Yayasan Sukarelawan Siswa

Sementara itu, beliau turut mengumumkan dan melantik kepimpinan baharu YSS bagi sesi 2024 2026 iaitu Tan Sri Dato’ Alimuddin Mohd Dom sebagai Pengerusi, dan beberapa Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu Datuk Ng Yih Pyng, Dr. Subramaniam A/L Govindan dan Razman Durhan.

Untuk rekod, YSS telah berjaya menganjurkan persidangan The International Volunteer Cooperation Organisations (IVCO) diperingkat antarabangsa pada tahun 2023 serta dua misi sukarelawan siswa ke Sabah dan Sarawak dan Festival Sama-Sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, Aaron berpendapat bahawa prestasi tersebut bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan antara komuniti tempatan, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan sosial dan kebudayaan negara.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd