Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Raih Kutipan RM4.5 Juta Di Malaysia, Filem Exhuma ‘Bolot’ 4 Anugerah Di Baeksang Arts Awards

Baeksang Arts Award kali ke-60 menyaksikan filem Exhuma arahan Jang Jae-Hyun muncul sebagai juara bagi empat kategori, manakala trofi hadiah utama menjadi milik pengarah, Kim Seong-Soo melalui 12.12: The Day dan siri Disney+, Moving.

Memetik artikel K-Entertaiment News, Exhuma menyapu bersih anugerah berkaitan filem, iaitu Anugerah Pengarah Terbaik (Jang Jae-Hyun), Arah Seni Terbaik (Kim Byung-Hee), Pelakon Wanita Terbaik (Kim Go-Eun), dan Pelakon Baharu Terbaik (Lee Do-Hyun).

Foto: Koreaboo

Go-Eun, yang diiktiraf kerana wataknya sebagai bomoh dalam Exhuma, turut berkongsi bagaimana peranan yang mencabar namun bermanfaat telah membawa kegembiraan dan penyembuhan kepadanya semasa mengalami tahun yang sukar secara peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Acara itu turut menyerlahkan Do-Hyun, yang kini berkhidmat dalam tentera, tampil dalam pakaian seragam untuk menerima anugerah Pelakon Baharu Terbaik sekali gus berterima kasih kepada rakan-rakan pelakon dan pasangan kekasih sebenarnya, pelakon Lim Ji-Yeon.

Foto: Rappler

Untuk rekod, sejak direkodkan pada 2 April yang lalu, Exhuma mencapai box office dengan $78.5 juta daripada lebih 11 juta kemasukan.

Ia dengan mudah meletakkan filem tersebut sebagai filem terbesar tahun ini, setakat ini di Korea Selatan yang mencapai angka itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, di Vietnam, ia telah mengutip $6.9m (VND173.5bn) daripada RM2.26 juta kemasukan sejak dikeluarkan oleh pengedar Mockingbird Pictures pada 15 Mac.

Manakala di Malaysia, ia telah mengutip $945,000 (RM4.5 juta) daripada 253,000 kemasukan sejak 14 Mac dan paling baru dikeluarkan di Amerika Utara melalui Well Go USA, mengambil $1.32 juta sejak 21 Mac.

Sumber: K-Entertaiment News (Shin Young-Sun)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Dunia

Seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat (AS) mendakwa dirinya menjadi mangsa perkosa selepas dipercayai ‘dikhayalkan’ ketika menginap di sebuah inap desa di Kutta, Kodagu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd